Friday, August 31, 2012

Mee Udang lagi…sepetang di Kuala Sepetang

 

31st August 2012

Tak complete cuti kami kalau tak pegi makan mee udang.  Menjadi acara tahunan keluarga kami setiap kali pulang ke tanah air.  Walau pack macamana sekalipon…yang ni mesti kena pegi….kalau tak nanti mesti termimpi2 mee udang kat tengah padang pasir!

Nampaknye makin cantik kedai Mak Teh selepas dua tahun lepas kami menziarah.  Tahun lepas kami ke Mee Udang pulau sayak.  Taun ni tak sempat nak gi jauh2.   Apapon…dua2nye tetap sedap dan menyelerakan.

DSC_3453

2 terunaku bermain mata di depan warung Mak Teh Winking smile

DSC_3403DSC_3433

Tengok tu…berseleranya!

DSC_3405DSC_3412

Sebelum…..

DSC_3444DSC_3445

Selepas….

Dah kenyang perut, tetiba terasa nak ke pekan Taiping.  Alang2 sampai Taiping, kami meneruskan niat untuk ke Night Safari Zoo Taiping.  Lama dah pasang niat nak ke sana, tak sampai2 jugak.  Akhirnya, walaupon jarum jam sudah menunjukkan ke angka 10..kami meneruskan niat untuk melawat zoo.  Takut pasni tak jadi lagi.

Well…not bad after all.  Cumanya best lagi kalau diorang tambahkan lampu.  Tak puas rasanye tengok binatang2 liar ni dalam gelap.   Tambahan pula keretapi roda zoo ni jalan agak laju la jugak.  Landscape zoo ni memang menarik.  Kalau siang mesti lagi cantik.  Memandangkan kitorang masuk pon dah lewat…jadinya tak la berpeluang nak bersiar2 dengan kaki.

Hopefully, next time boleh datang lagi waktu siang pulak.-tw

DSC_3523

Yeah!  Akhirnya sampai jugak ke Zoo Taiping Night Safari…

DSC_3467DSC_3463

Thursday, June 21, 2012

Rihlah 5 : Day 4 –> Al Ula

25 March 2012

P1110309Rihlah kami diteruskan ke destinasi yang sudah lama kami ingin menjelajah…Al Ula. Kami berjanji untuk berjumpa dengan Ust Hafiz jam 4 petang di hotel yang telah ustaz tempahkan untuk kami sekali.  Jarak perjalanan antara Hail dan Al Ula lebih kurang 400++ km.  Jadi kami tak perlu ‘rushing’ sangat la dari sini.

Dalam jam 10 pagi kami memulakan perjalanan ke Al Ula.  Setibanya kami ke highway menuju Al Ula…landscape di kiri kanan kami sudah mula berubah.  Mata kami tidak puas memnadang ke kiri dan kanan jalan.  Perjalanan  kami dipenuhi dengan batu batan dengan pelbagai bentuk.  Ianya seperti di ukir2.   Masyaallah…begitu hebat ciptaan  Illahi. 

P1110096P1110102

Melencong sebentar masuk ke pekan Mawdaq untuk meninjau2…

Sememangnya perjalanan dari Hail ke Al Ula menjanjikan rupa paras mukabumi yang mengkagumkan.  Di pertengahan jalan kami tidak dapat menahan diri daripada berhenti apabila melihat seketul batu besar yang bentuknya seperti sebuah kapal. 

Apabila kaki melabuhkan saje ke bumi….masyaallah…..pemandangan lebih indah dari menonton disebalik cermin kereta.  Dengan udara segar yang bertiup boleh tahan kuatnya dan mata kami yang tiada apa membataskan lagi pemandangan….hati berasa begitu puas.  Ya Allah…betapa hebatnya ciptaanMu. 

P1110172

Tidak dapat menahan diri dari melihat pelbagai rupabentuk batu sepenjang perjalanan kami… 

P1110250    Hasil eksplorasi anak2…rupanya  terdapat dua buah ‘kapal’ yang mempunyai sebuah lorong kecil diantaranya….

P1110267    Masyaallah..lihatlah rupabentuk batu inihasil hakisan udara dan air selama beribu tahun pastinya….

P1110330    Hajat dihati nak explore kawasan ni tapi tak berani ambik risiko offroad tanpa teman…..

Anak2 yang besar tidak sabar untuk ‘explore’ kawasan sekitaran manakala yang lebih kecil gembira dapat berlari bebas.  Tidak lama kemudian, anak sulung kami memanggil untuk kami saksikan kecantikan di sebalik batu besar yang membuatkan kami berhenti tadi.  Di sebalik batu itu rupanya ada seketul lagi batu sepertinya yang menjadikan seperti ada lorong antara dua batu.  Seperti tidak puas rasanya untuk terus mencari2 ‘surprises’ di kawasan padang pasir yang begitu unik ini.  Mungkin jika kami mempunyai teman ketika itu sudah pasti kami masuk jauh ke dalam meninjau2 mencari lebih banyak ‘keajaiban’ di kawasan ini.  Berseorangan ke padang pasir sebegini jauh dari access manusia lain…tinggi risikonya.  Tambahan pula kami sudah berjanji dengan orang.  Melihat jam di handphone….kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan supaya tidak terlewat tiba di destinasi.

P1110348P1110355      Pemandangan dari Hail ke Al Ula..

Anak2 senyap sebentar selepas lega dapat membebaskan diri sebentar tadi.  Apabila terlihan sign board Al Ula….anak2 begitu gembira kerana kami makin hampir tiba di destinasi.  Alhamdulillah…dalam jam 4 petang kami tiba di hotel yang dijanjikan.  Lega kami disambut oleh Ustaz Hafiz….macam special guest pulak Smile.  Jazakallah ustaz!

Kami perlu bersegera untuk bersiap sedia ke lokasi yang akan dibawa oleh tourist guide kami jam 4.30 ptg.  Akhirnya…impian kami untuk ke elephant rock tercapai!  Nampaknya checklist ‘34 places in Saudi’ kami sudah lebih separuh di penuhi…alhamdulillah. Bila penuh..boleh balik Malaysia la nampaknye Winking smile.

Tepat pada waktunya, kami mula bergerak dari hotel. Pekan Al Ula sememangnya seperti pekan lama…tidak kelihatan walau sebuah Mall pon.  Hanya deretan kedai2 kecil di kiri kanan jalan.  Setelah melewati kawasan pekan, kami mula melalui kawasan berbukit2 dan berpasir.  Tanah di Al Ula ini tidak kurang juga suburnya.  Terdapat banyak wadi di sini yang menjadikan tanahnya subur untuk tanaman. Kami juga melewati beberapa kebun kurma tetapi buah kurma belum sudi keluar nampaknya.

Melihat kepada rupabentuk batu2 yang seperti dipahat2, runtuhan rumah2 tanah liat dan peninggalan sejarahnya meyakinkan kami sememangnya bandar ini sebuah kota lama. Al Ula atau nama lamanya Dedan merupakan kota sejarah tertua negara ini. Pada abad ke-6 sebelum masihi, kota ini dikenali sebagai Dedan. Ia merupakan laluan utama para pedagang dari India, bahagian selatan dan utara semenanjung Arab. Al Ula dikuasai oleh empat kaum iaitu Dedan, Lihyan, Mu’een dan Nabataen.

Dalam masa lebih kurang 20 minit saja dari hotel kami sudah tiba di persimpangan menuju ke kawasan ‘Elephant Rock’.  Kalau bersendirian…susah juga nak cari tempat ni sebab takde signboard untuk jalan masuk.  Sememangnya memerlukan 4WD untuk masuk ke kawasan batu batan ini.  Bersama 3 lagi kereta termasuk kereta Abu Sultan selaku tourist guide kami…kami membontoti kereta Abu Sultan.  Oppss….kejadian yang tidak dapat dielakkan berkemungkinan terjadi apabila melalui pasir halus…SANGKUT!

Kereta En Fauzi bersama keluarganya dihadapan kami tersangkut.  Memandu didalam pasir halus..inilah risikonya.  Pengalaman yang kami lalui ketika pertama kali membawa kereta ke dalam padang pasir.  Jgn sesekali menekan brek ketika anda di tengah2 pasir yang dalam!  Kalau boleh tak nak dah lalui pengalaman kami tersangkut di graffitti rock!  Inilah kelebihan bergerak beramai-ramai….rakan2 juga pak arab yang melihat tidak lokek menghulurkan bantuan.  Lebih kurang dalam 10 minit saje kereta dapat di selamatkan.

Tidak jauh dari tempat tersangkutnya kereta….kami ketemu apa yang dinantikan.  Masyaallah….sekali lagi kami diberi rezeki melihat keindahan ciptaan Illahi.  Sememangnya batu ini kelihatan seperti gajah siap dengan belalainya lagi…seperti nama yang diberi Sakharat al-Fil atau Elephant Rock.  Ianya berketinggian 50 meter terbentuk daripada proses hakisan udara dan air selama beribu2 tahun lamanya.  Agak-agaknya sape la yang mula jumpa tempat ni ek.  Kesempatan ini kami gunakan sebaiknya untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. 

P1110378    Ramai yang sedia membantu bila kereta tersangkut.  Alhamdulillah..sekejap je selesai

P1110392    Dihadapan elephant rock….

P1110403    Disekitar elephant rock….

Tourist guide kami Abu Sultan kemudiannya membawa kami ke satu lagi tarikan di Al Ula iaitu Al Harra Mountain.  Pemandangan Al Ula memang mengasyikkan.  Melihat kiri kanan jalan pon sudah menakjubkan kami dengan keindahan batu batan.  Apabila kami tiba di satu jalan yang melingkar2 dan mula mendongak sehingga 45 darjah..hati kami mula berkira2 apa pula yang akan disajikan mata kami kali ini.

Jalan yang dilalui sempit dan memusing2.  Ketinggian mount Harra mengikut GPS kami hampir 1200 meter dari aras laut dan jalan untuk sampai ke lapangan memantau lebih kurang 26 km.  Setibanya diatas, tidak langsung seperti kami berada di puncak bukit. Luas dataran terbentang saujana mata memandang.  Kalau tak silap informasi daripada Abu Sultan, dataran lebih kurang seluas 70 km.

P1110431   Mount Harra dari kejauhan sebelum di daki..

P1110476   Pemandangan dari atas Mount Harra..dapat di lihat oasis yang begitu subur juga bukit2 batu disekeliling…

P1110531    Kalau boleh nak duduk lagi lama atas ni….

P1110573   Memanjat atas batu batan yg lebih tinggi sambil menunggu matahari terbenam..

P1110575   Menuruni Mount Harra…..jalan sempit dan memusing…

Dari atas bukit ini kami dapat melihat gunung ganang, wadi-wadi, tanah subur dan pekan Al Ula.  Masyaallah, indahnya pemandangan dari atas. Memandangkan hari dah petang ketika kami tiba, kami juga berpeluang melihat matahari terbenam.  Alhamdulillah…ianya satu pengalaman yang indah.  Pastinya kami akan rindu untuk kesini lagi.

Setelah matahari terbenam, kami bersiap sedia untuk turun dan pulang ke hotel.  Dapat menyaksikan keindahan ciptaan Illahi sememangnya membawa tidur yang lena untuk kami sekeluarga.  Insyaallah, esok hari kami akan meneruskan aktiviti ke Madain Salleh pula.  Hari esok adalah hari untuk memberi peringatan untuk kami sekeluarga akan Allah yang Maha Kuasa dan kita ini adalah hambaNya yang amat kerdil.

Nantikan pengembaraan kami untuk hari esok…..maassalamah. -tw

Saturday, June 16, 2012

Wahba Crater Revisited: After One Year

14th June 2012

DSC_0726

About one year ago our long awaited dream to visit the legendary Wahba Crater was fulfilled.

Awed with the majestic scenery in front of us when we 1st visited the place last year has determined us to come and visited this place again, and here we are in Wahba Crater.. once more.

DSC_0728

Wahba Crater, here we are again.

DSC_0733

Marking our 1st anniversary with stone throwing ceremony Smile with tongue out

DSC_0744

Everything seems the same except more garbage…saddening. The bottom also seems to be drier, may be due to very hot weather.

DSC_0756

Special smile from our 1st son to mark our 1st anniversary

DSC_0761

They always happy n playing except during sleeping time...

DSC_0783

Side view of the crater..

DSC_0785

Amzar also wanted to participate in the stone throwing ceremony.. with the graffiti as the backdrop.

 

We reached there at about 6pm and the temperature at that time was just nice for us to spend some times.  We spent about one hour enjoying the beauty and taking pictures with our new gadget, Nikon D7000!! Winking smile 

DSC_0789

Azim after one year ..

DSC_0780

Amzar telling people out there…”Anyone in Saudi…witness this beauty.  You sure won’t regret!’

DSC_0795

Sun setting down behind the mountain in Wahba Crater

DSC_0812

Special pose from our family in Wahba Crater for inxps.blogspot.com readers

Well.. even though our wish to camp and explore further the place including to go down to the bottom of the crater still unfulfilled, we are sure one day will do it, insyaAllah.

Our time in Saudi is now can be considered numbered, but we still put a high hope that we can achieved our wish for Wahba Crater before that time come and give another interesting family action photo-shoot to be shared via our blog Winking smile.

Till another explorations or rihlah… - th