Thursday, June 21, 2012

Rihlah 5 : Day 4 –> Al Ula

25 March 2012

P1110309Rihlah kami diteruskan ke destinasi yang sudah lama kami ingin menjelajah…Al Ula. Kami berjanji untuk berjumpa dengan Ust Hafiz jam 4 petang di hotel yang telah ustaz tempahkan untuk kami sekali.  Jarak perjalanan antara Hail dan Al Ula lebih kurang 400++ km.  Jadi kami tak perlu ‘rushing’ sangat la dari sini.

Dalam jam 10 pagi kami memulakan perjalanan ke Al Ula.  Setibanya kami ke highway menuju Al Ula…landscape di kiri kanan kami sudah mula berubah.  Mata kami tidak puas memnadang ke kiri dan kanan jalan.  Perjalanan  kami dipenuhi dengan batu batan dengan pelbagai bentuk.  Ianya seperti di ukir2.   Masyaallah…begitu hebat ciptaan  Illahi. 

P1110096P1110102

Melencong sebentar masuk ke pekan Mawdaq untuk meninjau2…

Sememangnya perjalanan dari Hail ke Al Ula menjanjikan rupa paras mukabumi yang mengkagumkan.  Di pertengahan jalan kami tidak dapat menahan diri daripada berhenti apabila melihat seketul batu besar yang bentuknya seperti sebuah kapal. 

Apabila kaki melabuhkan saje ke bumi….masyaallah…..pemandangan lebih indah dari menonton disebalik cermin kereta.  Dengan udara segar yang bertiup boleh tahan kuatnya dan mata kami yang tiada apa membataskan lagi pemandangan….hati berasa begitu puas.  Ya Allah…betapa hebatnya ciptaanMu. 

P1110172

Tidak dapat menahan diri dari melihat pelbagai rupabentuk batu sepenjang perjalanan kami… 

P1110250    Hasil eksplorasi anak2…rupanya  terdapat dua buah ‘kapal’ yang mempunyai sebuah lorong kecil diantaranya….

P1110267    Masyaallah..lihatlah rupabentuk batu inihasil hakisan udara dan air selama beribu tahun pastinya….

P1110330    Hajat dihati nak explore kawasan ni tapi tak berani ambik risiko offroad tanpa teman…..

Anak2 yang besar tidak sabar untuk ‘explore’ kawasan sekitaran manakala yang lebih kecil gembira dapat berlari bebas.  Tidak lama kemudian, anak sulung kami memanggil untuk kami saksikan kecantikan di sebalik batu besar yang membuatkan kami berhenti tadi.  Di sebalik batu itu rupanya ada seketul lagi batu sepertinya yang menjadikan seperti ada lorong antara dua batu.  Seperti tidak puas rasanya untuk terus mencari2 ‘surprises’ di kawasan padang pasir yang begitu unik ini.  Mungkin jika kami mempunyai teman ketika itu sudah pasti kami masuk jauh ke dalam meninjau2 mencari lebih banyak ‘keajaiban’ di kawasan ini.  Berseorangan ke padang pasir sebegini jauh dari access manusia lain…tinggi risikonya.  Tambahan pula kami sudah berjanji dengan orang.  Melihat jam di handphone….kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan supaya tidak terlewat tiba di destinasi.

P1110348P1110355      Pemandangan dari Hail ke Al Ula..

Anak2 senyap sebentar selepas lega dapat membebaskan diri sebentar tadi.  Apabila terlihan sign board Al Ula….anak2 begitu gembira kerana kami makin hampir tiba di destinasi.  Alhamdulillah…dalam jam 4 petang kami tiba di hotel yang dijanjikan.  Lega kami disambut oleh Ustaz Hafiz….macam special guest pulak Smile.  Jazakallah ustaz!

Kami perlu bersegera untuk bersiap sedia ke lokasi yang akan dibawa oleh tourist guide kami jam 4.30 ptg.  Akhirnya…impian kami untuk ke elephant rock tercapai!  Nampaknya checklist ‘34 places in Saudi’ kami sudah lebih separuh di penuhi…alhamdulillah. Bila penuh..boleh balik Malaysia la nampaknye Winking smile.

Tepat pada waktunya, kami mula bergerak dari hotel. Pekan Al Ula sememangnya seperti pekan lama…tidak kelihatan walau sebuah Mall pon.  Hanya deretan kedai2 kecil di kiri kanan jalan.  Setelah melewati kawasan pekan, kami mula melalui kawasan berbukit2 dan berpasir.  Tanah di Al Ula ini tidak kurang juga suburnya.  Terdapat banyak wadi di sini yang menjadikan tanahnya subur untuk tanaman. Kami juga melewati beberapa kebun kurma tetapi buah kurma belum sudi keluar nampaknya.

Melihat kepada rupabentuk batu2 yang seperti dipahat2, runtuhan rumah2 tanah liat dan peninggalan sejarahnya meyakinkan kami sememangnya bandar ini sebuah kota lama. Al Ula atau nama lamanya Dedan merupakan kota sejarah tertua negara ini. Pada abad ke-6 sebelum masihi, kota ini dikenali sebagai Dedan. Ia merupakan laluan utama para pedagang dari India, bahagian selatan dan utara semenanjung Arab. Al Ula dikuasai oleh empat kaum iaitu Dedan, Lihyan, Mu’een dan Nabataen.

Dalam masa lebih kurang 20 minit saja dari hotel kami sudah tiba di persimpangan menuju ke kawasan ‘Elephant Rock’.  Kalau bersendirian…susah juga nak cari tempat ni sebab takde signboard untuk jalan masuk.  Sememangnya memerlukan 4WD untuk masuk ke kawasan batu batan ini.  Bersama 3 lagi kereta termasuk kereta Abu Sultan selaku tourist guide kami…kami membontoti kereta Abu Sultan.  Oppss….kejadian yang tidak dapat dielakkan berkemungkinan terjadi apabila melalui pasir halus…SANGKUT!

Kereta En Fauzi bersama keluarganya dihadapan kami tersangkut.  Memandu didalam pasir halus..inilah risikonya.  Pengalaman yang kami lalui ketika pertama kali membawa kereta ke dalam padang pasir.  Jgn sesekali menekan brek ketika anda di tengah2 pasir yang dalam!  Kalau boleh tak nak dah lalui pengalaman kami tersangkut di graffitti rock!  Inilah kelebihan bergerak beramai-ramai….rakan2 juga pak arab yang melihat tidak lokek menghulurkan bantuan.  Lebih kurang dalam 10 minit saje kereta dapat di selamatkan.

Tidak jauh dari tempat tersangkutnya kereta….kami ketemu apa yang dinantikan.  Masyaallah….sekali lagi kami diberi rezeki melihat keindahan ciptaan Illahi.  Sememangnya batu ini kelihatan seperti gajah siap dengan belalainya lagi…seperti nama yang diberi Sakharat al-Fil atau Elephant Rock.  Ianya berketinggian 50 meter terbentuk daripada proses hakisan udara dan air selama beribu2 tahun lamanya.  Agak-agaknya sape la yang mula jumpa tempat ni ek.  Kesempatan ini kami gunakan sebaiknya untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. 

P1110378    Ramai yang sedia membantu bila kereta tersangkut.  Alhamdulillah..sekejap je selesai

P1110392    Dihadapan elephant rock….

P1110403    Disekitar elephant rock….

Tourist guide kami Abu Sultan kemudiannya membawa kami ke satu lagi tarikan di Al Ula iaitu Al Harra Mountain.  Pemandangan Al Ula memang mengasyikkan.  Melihat kiri kanan jalan pon sudah menakjubkan kami dengan keindahan batu batan.  Apabila kami tiba di satu jalan yang melingkar2 dan mula mendongak sehingga 45 darjah..hati kami mula berkira2 apa pula yang akan disajikan mata kami kali ini.

Jalan yang dilalui sempit dan memusing2.  Ketinggian mount Harra mengikut GPS kami hampir 1200 meter dari aras laut dan jalan untuk sampai ke lapangan memantau lebih kurang 26 km.  Setibanya diatas, tidak langsung seperti kami berada di puncak bukit. Luas dataran terbentang saujana mata memandang.  Kalau tak silap informasi daripada Abu Sultan, dataran lebih kurang seluas 70 km.

P1110431   Mount Harra dari kejauhan sebelum di daki..

P1110476   Pemandangan dari atas Mount Harra..dapat di lihat oasis yang begitu subur juga bukit2 batu disekeliling…

P1110531    Kalau boleh nak duduk lagi lama atas ni….

P1110573   Memanjat atas batu batan yg lebih tinggi sambil menunggu matahari terbenam..

P1110575   Menuruni Mount Harra…..jalan sempit dan memusing…

Dari atas bukit ini kami dapat melihat gunung ganang, wadi-wadi, tanah subur dan pekan Al Ula.  Masyaallah, indahnya pemandangan dari atas. Memandangkan hari dah petang ketika kami tiba, kami juga berpeluang melihat matahari terbenam.  Alhamdulillah…ianya satu pengalaman yang indah.  Pastinya kami akan rindu untuk kesini lagi.

Setelah matahari terbenam, kami bersiap sedia untuk turun dan pulang ke hotel.  Dapat menyaksikan keindahan ciptaan Illahi sememangnya membawa tidur yang lena untuk kami sekeluarga.  Insyaallah, esok hari kami akan meneruskan aktiviti ke Madain Salleh pula.  Hari esok adalah hari untuk memberi peringatan untuk kami sekeluarga akan Allah yang Maha Kuasa dan kita ini adalah hambaNya yang amat kerdil.

Nantikan pengembaraan kami untuk hari esok…..maassalamah. -tw

No comments: