24 March 2012
Alhamdulillah, hari ini kami masih dipanjangkan umur untuk meneruskan explorasi kami buat hari ke-3. Kami memutuskan untuk terus menjelajah bandar Ha’il. Banyak sebenarnya tarikan daerah Ha’il ini..cuma tak tau lokasi jer. Susah untuk dapatkan koordinat memandangkan tak banyak informasi yang kami jumpa di internet.
Sedihnya Dr Latiff, kak Yati dan Fida tak dapat meneruskan penjelahan bersama kami memandangkan Dr latiff mahu ke Madinah dan target untuk tiba di Riyadh pada hari Isnin. Dr latiff dan Fida terpaksa memenuhi tuntutan kerja yang perlu dibereskan. Walaupon cuti, inilah hakikatnya.
Pagi ini kami bersarapan dengan menu yang tak kurang menariknya. Yey..roti canai dan teh tarik…tarik sendiri dlm flusk la . Sambil bersarapan, kami berbincang tentang perjalanan yang akan diteruskan untuk hari2 seterusnya. Kami dapat tahu Ustaz Hafiz rupanya di Madinah dan merancang ke Madain Salleh. Ini peluang yang baik! kami sememangnya merancang untuk ke Madain Salleh dan Al Ula. Cumanya kami tidah sempat untuk mendapatkan permit. Takut pula mengambil risiko pergi tetapi kecewa tak dapat masuk. Bila dengar je ustaz Hafiz nak ke sana, Dr Latiff terus hubungi diorang. Ustaz bersama dua lagi keluarga RIyadh yg juga berihlah di bumi Saudi ini. Alhamdulillah, peluang yang baik buat kami. Insyaallah, mereka akan tiba di Al Ula esok hari.
Tgk la roti canai kami..sebijik pon tak abis sorang makan..sedap makan panas2!
Memandangkan Dr Latiff harus berada di Riyadh pada hari Isnin, maka beliau tak dapat jua untuk bersama rombongan Ustaz Hafiz walaupon hati mereka meronta untuk mengenali tempat baru bagi kami. Insyaallah, pasti ada hikmah atas segala aturan yang maha Esa.
Selepas sahaja mereka check out dari hotel, kami memutuskan untuk ke Barzan tower sebelum Dr Latiff meneruskan perjalanan ke Madinah. Kami memusing2 di dalam bandar Hail dan melalui lorong2 tiggalan lama ‘mud house’ yang pastinya punyai sejarah tersendiri yang tak kami ketahui. Lama juga kami memusing sebelum bertemu dengan Barzan castle.
terdapat banyak peninggalan rumah mud house bila melalaui jalan2 kecik di sekitar Hail…
sedikit informasi berkenaan Barzan palace tower….
inilah peninggalan Barzan tower….
Telahan kami berkenaan Barzan castle jauh sekali dari yang kami jangkakan. Terbayang sebuah castle lama tersergam megah. Tengok2 pagarnye pon dah di rosakkan. Nasib ada sign board yang menceritakan serba sedikit sejarahnya. Moga kerajaan Saudi lebih menghargai tinggalan sejarah mereka.
Barzan tower di bina pada tahun 1808 ketika permerintahan Muhamad Abdul Mohsen Al Ali. Di tulis pada signboard tersebut mengatakan ianya masih senibina asal. Lamanya ia bertahan memandangkan hanya dibina menggunakan rumput2 dan tanah lumpur. Dari sumber lain mengatakan saiz seluas 1000 kaki persegi tapi yang kami lihat hanya ada 2 tower di situ. Mungkin dah runtuh atau diruntuhkan…wallahua’lam. Dr Latiff terpaksa meneruskan perjalanan ke Madinah untuk memastikan mereka tiba sebelum malam. Semoga perjalanan mereka selamat dan dimudahkan urusan mereka..insyaallah.
Souq disekeliling tower ni pon tak kurang menariknya. Biasalah…pompuan, susah nak dipisahkan dengan souq. Kadang2 tu bukan nak beli sangat tapi suka tengok apa yang di jual. Memandangkan castle tak menarik mana, kami pon memutuskan untuk ‘explore’ Barzan souq yang berhampiran. Alang2 dah sampai….tengok je lah.
Setelah kami memusing2 disekitar souq dan membeli kacang2 untuk kudapan, kami meneruskan explorasi kami sekitar Ha’il. Setelah membeli makanan tengahari, kami memutuskan untuk mencari taman mainan sambil makan2. Banyak pilihan taman mainan tetapi anak mahukan taman yang kami jumpa mula2 tiba di Ha’il. Malangnya setelah memusing dan terus memusing kami tak juga berjumpa dengan taman yang diidamkan. Akhirnya kami terus mencuba ke Al Samra park apabila terlihat jalan yang akan membawa kami ke puncak bukit Samra.
Jalan memusing2 yang agak sempit sepanjang 1.4 km menarik sekali untuk di lalui. Memandangkan udara masih belum bersih dari ribut pasir yang berterusan, pemandangan sedikit terhalang. Alangkah indahnya ketika kami tiba dipuncak. Dari sini kami dapat melihat keseluruhan bandar Ha’il. Angin begitu kuat menampar pipi2 kami yang gebuss nih bila berada di tanah tinggi. Masyaallah…indahnya ciptaanMu Ya Illahi. Terlupa kami akan perut yang tadinya meronta2 untuk di isi apabila melihat pemandangan sekeliling yang indah. Anak2 yang kecil pula bergembira berlari di kawasan lapang dengan angin kuat menambahkan cabaran mereka berlari-larian. Semoga kami dapat ke sini lagi untuk melihat pemandangan di waktu malam pula.
pemandangan dari satu sudut di puncak Mount Samra….
pemandangan dari sudut yang lain pula…..
betapa bahagianya anak2 dapat bermain, berlari bebas di kawasan lapang atas puncak….
Kalau ikutkan hati nak je berpiknik dekat atas ni tapi angin begitu kuat takut nanti ayam KFC yang dibeli berperisa tambahan dan lebih ‘rangup’ pula . Kami memutuskan untuk makan tengahari di taman tanah rendah sahaja. Daripada pembacaan kami di internet, terdapat lebih 30 taman di sekitar bandar Hail ini. So.tak susahlah untuk mencari taman.
Setelah berpusing2, mata kami terpahat pada senibina seperti Great Wall of China'. Apa la agaknya ada di dalam tu ek? Apalagi, kami terus masuk ke arah pintu masuk gerbang tersebut. Malangnya ia tertutup dan tidak ada apa2 informasi tentang binaan tersebut. Hint yang kami ada cuba billboard besar tertera ‘Mumtazah Attaqwah Altarfihi’…kalau tak silap baca la . Hati bergolak2 untuk masuk ke dalam…..keinginan untuk mengetahui disebalik tembok. Moga kami berkesempatan untuk meneroka sekali lagi ke kawasan ini. Setelah mengambil gambar tembok tersebut kami terus ke jalan utama kembali dan berhenti sekali lagi apabila terlihat taman yang agak besar dan cantik sekali latar belakang pemandangannya…Mumtazah Assalam. Hemm….apa bezanya antara mumtazah dan hadiqah agaknya ek? Pucuk dicita ulam mendatang…memang sesuai sebagai port untuk makan tengahari yang sudah agak lewat. Dengan perut yang lapar dan angin segar yang tidak pernah leka menyapa kami…alhamdulillah, terasa begitu nikmat rezeki yang kami perolehi dariNya.
tembok besar yang tak diketahui apa tarikan yang ada disebaliknya…
pintu masuk tembok tetapi takde signboard atau apa2 informasi berkaitan……
Mumtazah Assalam….cantik latar belakang taman ni…
berlari-larian di bawah pohon tamar best jugak ..
penat main pair, duduk atas rumput pulak…
Selepas perut kenyang dan anak2 puas berlari-larian, kami meneruskan perjalanan ke Jubbah…sebuah lagi bandar daerah Hail. Jubbah merupakan sebuah kawasan yang terkenal dengan sejarah peninggalan seni batu petroglyps setua 3 atau 4 BC. Walaubagaimana pon kami tiada koordinat untuk ke sana juga pastinya waktu tak mengizinkan untuk kami nak cuba2 mencari ke dalam kawasan offroad bersendirian. Dikatakan juga pelawat perlukan permit untuk masuk ke kawasan petroglyps. Perjalanan kali ini hanya untuk melihat dan meninjau kawasan2 yang akan kami tempuhi serta mengenali pekan Jubbah.
Perjalanan kami dipenuhi dengan sekatan jalanraya. Mungkin ada orang penting melalui jalan ini agaknya ataupon ada aktiviti penting tidak jauh dari Jubbah. Pabila kami makin menghampiri kawasan sand dune, kami perasan kereta semakin banyak dan tak lama selepas itu kami tersangkut dalam kesesakan lalulintas yang sememangnya ke sand dune di pertenganan jalan ke jubbah. Rupanya ada Hail Rally Festival di sand dunes Nfoud pada hari ini….jauh lebih meriah dari Thumamah yang popular di Riyadh. Sand dune di kiri kanan jalan penuh dengan kereta dan quad bike dengan pelbagai gaya dan aksi sementara menunggu giliran untuk masuk ke sand dunes ataupon bersantai untuk memeriahkan suasana. Jika masa mengizinkan, teringin jugak kami menjadi penonton aksi2 sand bashing yang pastinya menarik. Walaupon kami tersangkut dalam kesesakan jalanraya, perasaan gembira tetap ada apabila melihat gelagat2 orang disekeliling memeriahkan suasana dengan jeritan dan hon2 yng berlagu.
siap ada spongebob ngan Jerry lagi …
single lane dah jadi double lana kedua2 arah….polis relax je tengok ..
sebahagian dari kereta yang sudah berada di sand dunes….
Perjalanan kami mesti diteruskan. Alang2 dah separuh jalan, baik diteruskan saje niat kami untuk ke Jubbah. Semakin kami menghampiri Jubbah, semakin sunyi suasana di jalanraya. Hari semakin gelap tatkala kami melalui pintu gerbang yang meyambut kedatangan kami ke Jubbah. Alhamdulillah..tiba juga kami ke pekan jubbah. Suasana sepi sekali. Sesekali sebuah dua kereta lalu dari arah bertentangan. Kami memandu tanpa sebarang arah tujuan….hanya mengikut arah jalan. Kami melalui deretan kebun kurma dan beberapa buah rumah yang terselit diantara kebun2. Peliknya rumah2 juga kelihatan gelap….mungkin kerana tiada lampu jalan , menjadikan rumah2 yang kami tempuhi juga suram.
kehijauan rumput tanam…menarik sekali warnanya…
Marhaban bikum..menghampiri pintu gerbang Jubbah
Tarikan Hail…arca disebuah roundabout di pekan Jubbah…
Akhirnya kami melalui pekan kecil dengan deretan kedai dan pejabat. Kami seperti melalui ‘ghost town’. Dengan hanya lampu jalan tanpa sebarang bunyi-bunyian ataupon manusia….perasaan takut pon ade. Bukan untuk menakut2kan anak dengan hantu kerana kami selalu mengingatkan anak2 kami yang hantu ni tak wujud. Ianya cuma mainan syaitan. Yang mereka perlu takut hanya pada Allah s.w.t. “Ghost town’ hanya untuk perbandingan dalam mengimaginasikan bagaimana sunyinya pekan yang kami tempuhi ini. Hairan juga ye ke mana manusia2 yang ada. Akhirnya kami memutuskan untuk patah semula apabila kami sampai semula ke jalan sepertinya jalan ke pekan lain.
Kami mengguna semula jalan yang kami datang tadi…rasanye lebih selamat daripada tak jumpa jalan pulang. Ketika kami tempuhi deretan kedai yang sama barulah kami terlihat kedai2 yang sudah berlampu tetapi masih tidak banyak manusia yang lalu lalang. Taklah rasa ngeri macam tadi. Subhanallah…rupa2nya tadi waktu maghrib..mungkin kerana itu tiada orang di jalan…masing2 berada di masjid. Perempuan pastinya tak dapat dilihat..lagi2 di kawasan terpencil.
Alhamdulillah.akhirnya kami kembali semula ke jalan utama unruk ke bandar Hail. Pengalaman yang menarik kami tempuhi selama lebih kurang 4 jam perjalanan pergi kedua2 hala. Menempuhi lanskap yang berubah2…kawasan bukit berbatu2, padang pasir sebentar kekuningan, perang, keputihan dan keorengan, kehijauan yang tiba2 muncul ditanah sahara, gelagat manusia dan pelbagai lagi.
Masyaallah…kami bersyukur ke hadratMu YaRab atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan ke atas kami sekeluarga. Semoga anak2 kami dapat menghargai dan ditingkatkan keimanan melihat kebesaran Maha Pencipta.
Esok kami akan meneruskan perjalanan ke Al Ula seterusnya bertemu Ust Hafiz dan keluarga lain di sana. Tak sabar menanti ‘juadah’ mata kami untuk hari esok….-&tw
. arca roundabout lagi…our favourite…
No comments:
Post a Comment