Sunday, April 18, 2010

Preparation for Desert Rose Hunting

 

Untuk meneruskan aktiviti sampingan kita berrihlah sambil berusrah, program "Sementara Ada Peluang, Jom Redah" kali ini ingin menjemput para sahabat semua untuk ke destinasi berikutnya untuk membuat aktiviti "Desert Rose Hunting". Bunyiknya macam mencari bunga pun ada, macam nak pergi berburu pun ada...

Apakah 'Desert Rose' ni?

drosejpg
Desert Rose sebenarnya adalah mineral/batu yang terbentuk daripada air garam di bawah tanah hasil pergerakan pasir bawah tanah yang membentuk seakan bunga ros.

"In Saudi Arabia Desert Roses are found in the flat brine-rich desert areas which are prevalent in the Eastern Province. A Desert Rose is made of gypsum crystals in connection with sand that crystallizes in a unique rosette growth pattern. Such crystals are formed when high tides bring seawater into the desert and the water becomes cut-off from the sea and evaporates, eventually causing salt deposition and crystal formation. To find Desert Roses you must dig down one to three feet into the wet sand. (http://www.toursaudiarabia.com/rose.html)"

Desert Rose cuma boleh dijumpai di beberapa tempat di dunia, antaranya: California, Mexico, Libya, Mesir dan Arab Saudi. (Dikatakan Qatar juga ada tempat Desert Rose ni, next trip bole plan gi Qatar, insyaAllah.)

Kita perlu menggali sedalam 1-3 kaki untuk menjumpai bunga ros ni. Tapi insyaAllah, kita bole juga berjumpa ros yang 'terjelma' di atas padang pasir hasil pergerakan pasir oleh tiupan angin dan juga ros2 yang ditinggalikan (kira reject tapi ada yang cantik katanya) oleh pemburu terdahulu.

So marilah kita sama2 memburu bunga ros ini untuk dibuat kenangan dan tanda kesampaian kita di Arab Saudi ni, dan yang utamanya sama2 kita mengkagumi salah satu ciptaan Ilahi di samping bersosial dan merapatkan silaturahim sesama kita.

Itenari
Itenari cadangan adalah seperti berikut:
7.30 pagi     - Bertolak dari Riyadh
11.30 tgh hari  - Sampai Dammam/Khobar - lunch, solat, cari hotel, mandi?
2.30 petang  - bertolak ke lokasi Desert Rose
3.30 petang  -   sampai ke lokasi dan start mendigging atau mengutip
5.30 petang - preparation terakhir untuk bertolak keluar
6.00 petang - bertolak keluar

Itenari di atas masih di peringkat cadangan. Mungkin 2 jam masa menggali tak cukup. Mungkin jugak kita bole plan untuk menggali hari Jumaat pagi instead of petang Khamis. Boleh diberi cadangan dan idea.

Aktiviti malam dan hari seterusnya juga masih terbuka dan boleh dicadangkan.

Antara yang bole dilakukan:
1. Half Moon Bay - kena sampai la ke sini sekurang2nya sekali sepanjang dok kat Saudi
2. Pasar malam di Half Moon Bay - ada orang kata ada pasar malam kat situ setiap malam jumaat.
3. Berbabikiu - kat Half Moon Bay atau kat hotel yang dekat pantai (kalo kita dok kat hotel dekat pantai la)
4. Malaysian Kitchen Restoran - kalo nak rasa masakan Malaysia yang tak dimasak oleh isteri ;-)
5. Cross bridge yang hubungkang Saudi dan Bahrain (ntah apa nama crossway/bridge tu ntah, dah lupe) - Satu keter kena bayo SAR20 ke SAR25, satu lagi kelupaan berlaku.
6. Gi ke Fish market (kena banwak tong ais kalo nak beli ikan)
7. Apa lagi, memancing untuk kaum bapa sementara kaum ibu menganyam ketupat dan lepat...
8. etc

Alatan yang perlu dibawa:
1. Scoop/cangkul untuk menggali
2. Berus untuk sapu bunga rose
3. Baldi dan air untuk cuci (supaya kita bawak balik yang sudah cuci)
4. Diagalakkan juga dialas bonet kereta tu siap2 dengan plastik atau kain/etc supaya tak melekat pasiaq2 tu kat bonet, kang jenuh nak vacuum nanti..

Alatan yang elok dibawa:
1. Topi pelindung panas
2. Kacamat hitam pelindung cahaya dan untuk lebih nampak cool dan macho
2. Muka yang disapu pelindung UV
3. Khemah untuk berlindung (kalau ada)
4. Kotak atau bekas untuk isi bunga2 rose
5. Kain alas atau tisu tebal untuk alas bunga2 rose dlm kotak bagi mengelakkan rosak. (note- Desert Rose ini terbentuk dari garam galian, jadi walaupun nampak mcm keras, ia sebenarnya mudah hancur/rosak kalo terjatuh atau terhentak)

p/s-
- Memandangkan kawasan 'memburu' adalah kawasan lapang (tiada pokok utk berlindung), musim yang sesuai adalah semestinya musim sejuk yang tak sejuk sangat. Memandangkan kita sudah di penghujung/memasuki musim panas, jadi minggu ini antara minggu yang paling sesuai. Minggu depan kita ada program Mukayyam Tarbaw untuk anok2 kita.
- Arab Saudi mengiystiharkan 'Desert Rose' merupakan 'national treasure', yang merupakan satu kesalahan membawa keluar ros padang pasir ni dari negara Saudi.
- Desert Rose ini ada dijual, satu website yang saya jumpa tu jual sekuntum pada harga USD550, wau...
- Perjalanan secara keseluruhan adalah bertar, melainkan kira2 10min perjalanan berpadang pasiaq. Kenderaan 4WD adalah lebih sesuai.

No comments: