Friday, May 02, 2014

R4BIA : IA TELAH MENJADI SYI’AR

 

Akhirnya jumpa juga dengan lagu R4BIA untuk Mesir yang dinyanyikan oleh penyanyi dari pelbagai negara beserta sarikata dalam Bahasa Malaysia. Lagu yang menyentuh hati ini pada masa yang sama melambangkan penyatuan dari umat Islam dari seluruh dunia kepada penderitaan rakyat Mesir turut dinyanyikan oleh penyanyi2 dari Palestin, Mesir, Jordan, Turki, Yaman, Lebanon, Syria, Spain, USA dan juga Malaysia.

Marilah kita bersama-sama doakan agar Allah memberi jalan keluar kepada penderitaan saudara seIslam kita di Mesir, dan juga penderitaan umat Islam lain2nya di seluruh dunia.

Terima kasih kepada Mesir Kini yang telah  menghasilkan semula video berserta sarikata ini yang membolehkan kita lebih menghayati lagu yang hebat ini.