14 April 2011
Pulangnya sahabat ke tanahair pabila berada di perantauan memang akan terasa kehilangannya. Berjauhan dengan keluarga dan saudara mara, pada rakan taulanlah tempat untuk bersandar dikala susah dan senang. Lebih terasa lagi jika teman itu adalah antara yang paling rapat dengan kita.
Rezeki adalah ketentuan Allah. Alhamdulillah..sahabat suka duka, geng meredah padang pasir kami Sdr. Mohsin, Lisa dan anak2nya dimurahkan rezeki di tanahair sendiri. Hari ini, 14 April 2010 merupakan hari terakhir mereka sekeluarga berada di bumi Riyadh ini. Lepas ni takde lagi la ‘informer’ diriku mana2 sale yg menarik utk aku dpt barang pada harga yg menguntungkan. Tiada lagi teman yang akan bawa ku ke Dirah utk shopping abaya! Shopping bersama temanku Lisa memang menguntungkan sebab dia amat terror dalam diskaun mendiskaun nih. Tiada lagi teman yang akan menghantar kuih muih yang pelbagai setiap kali beliau mencuba resepi2 baru. Dan.. tiada lagi teman ‘Jom Redah’ yang setia bersama kami meredah dan memeriahkan aktiviti-aktiviti padang pasir setiap hujung minggu. Pasti saat2 ini akan sentiasa aku ingat dan rindui.
Bukan aku saja yang terasa dengan kepulangan mereka. Anak2ku jua begitu. Menaiki bas sekolah yang sama sambil bersuka ria bersama rakan senegara sememangnya saat2 yang menggembirakan buat anak2. Berkongsi bekalan makanan, bertanyakan juadah yang dimasak ibu mereka memang menjadi kebiasaan. Sehingga anakku Afiq menolak menghantar mereka ke airport kerana akan membuat dia terasa ingin menangis. Terkejut jugak aku dengar ‘statement’ anakku ini. Dan rupanya dalam diam dia membuat kad utk sahabat baiknya Haziq. Terharu dan tersentuh hatiku melihat tindak tanduk anakku ini. Memandangkan kad yang dibuatnya agak comot, aku membantu anakku menyediakan buah tangan yang lain buat sahabatnya. Aku terharu melihat anakku yang sudah pandai menghargai persahabatan. Semoga sifat mereka ini akan terus berkekalan hingga mereka besar kelak.
Tiada apa yang dapat aku berikan buat sahabat keluargaku. Doa kami semoga mereka sekeluarga akan diberkati Allah, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagian hingga ke akhirat. Semoga Allah membalas segala jasa baik, pertolongan dan doa mereka terhadap kami sekeluarga.
Daripada Abdullah bin Amr r.a, “Sahabat yang baik disisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik pada shabatnya” (Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi).
Semoga kalian sekeluarga dirahmati Allah. Jazakallahulkhairon kathiro. Kenangan kita bersama akan sentiasa kami ingati dan semoga dapat bertemu semula di tanahair kelak! –tw
Dipetik dr http://www.iluvislam.com/design/e-kad/2192-nilai-persahabatan-sebenar.html : Mari sama-sama berlari untuk menjadi sahabat terbaik..untuk menggapai redha Allah. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah Swt. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.. |
Antara barangan yang dibawa pulang ke tanahair.
Bergambar di depan Apartment Seri Harum buat kali2 terakhir.
“Yang, kereta mana kita nak naik gi Airport ni? Yang 3600 cc ke, 4200 cc ke 4600 cc?”
Sahabat2 baik geng meredah kaum ibu bergambar untuk blog inxps.blogspot.com
Anak2 pun tak lepaskan peluang bergambar kenang2an.
Kaum bapa dan anak2 bergambar bersama-sama Saudara Mohsin & anak2 di Lapangan Terbang King Khalid