Jika anda bertanya apa itu ‘cinta sejati’ atau ‘love till jannah’, saya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang saya alami sendiri. Kisah benar ini bukanlah kisah saya, tetapi kisah cinta seorang suami di dalam gambar ini. (x de gambar)
Sebaik sahaja kami selesai menguruskan jenazah ahli kariah seksyen 13 di tanah perkuburan seksyen 21 Shah Alam, saya segera mendapatkan pusara nenek untuk diziarahi. Sedang mencari-cari pusara nenek, seorang abang yang kacak (masya Allah) menghampiri saya lalu menyapa, “assalamualaikum. Cari kubur siapa tu ustaz? Deretan ni kebanyakannya yang meninggal bulan Mei dan April 2015”.
Mendengar kata-kata itu tadi saya agak kagum dengan lelaki tersebut. Lagak pakaiannya tidak langsung menunjukkan dia bekerja di tanah perkuburan ini. Tidak sempat saya bertanya, lelaki ini mula membuka kisahnya.
Abang kacak : “Heh. Ustaz tak perlu pelik, saya ke tanah perkuburan ni hampir tiap-tiap hari. Dulu KAMI tinggal di Shah Alam, tapi sebab anak dah masuk sekolah kat KL, SAYA ambil keputusan pindah ke KL juga lah untuk dekat dengan satu-satunya anak saya ni.”
Saya : “Owh yeke. Kalau dah tinggal di KL, macam mana pula abang boleh datang sini hampir tiap-tiap hari?” Di kubur ni ada waris ke yang dikebumikan di sini?”
Abang kacak : “Kebetulan memang saya bekerja di Sksyen 21 ni je. Jadi setakat menyinggah memang tak ada masalah” (sengih). “Erm. Alang-alang ustaz dah tanya, saya cerita sikit ye. Itu pun kalau ustaz ada masa lah.”
Saya : (Angguk-angguk)
Abang kacak : “Sebenarnya kubur yang saya ziarah ni bukan setakat waris saya ustaz. Dialah pelengkap hidup saya. Dialah penyeri hidup saya. Senang cerita dialah isteri saya yang pertama dan selama-lamanya yang terakhir untuk saya ustaz.”
“Sepanjang dia hidup, dia tak pernah mengeluh bila kami hidup susah. Apatah lagi meminta-minta kerana dia tahu saya belum cukup mampu untuk beli itu ini buat masa tu.”
“Sampailah satu hari, bila kami dapat tahu dia jatuh sakit, hidup kami semakin susah. Bayangkanlah duit gaji habis untuk kos rawatan saja. Belum kos lain-lain lagi, masa tu saya hampir putus mengharap. Tapi arwah isteri pula yang kuatkan saya.”
“Dua tiga hari sebelum arwah isteri meninggal, dia ada tanya satu soalan, cuba abang bagitau sayang, sebesar mana cinta abang dekat sayang?” Saya jawab, “cinta abang kepada sayang seluas jarak abang hidup di dunia dan sayang hidup di syurga.”
Ketika itu tidak ada ungkapan melainkan hanya tangisan. Saya menjabat tangannya dan cuba menenangkannya dengan berkongsikan sebuah hadis Nabi s.a.w (boleh baca di bawah nanti untuk rujukan).
Beliau menerima hadis tersebut dengan gembira dan meminta agar saya tuliskan kepadanya hadis tersebut untuk menjadi ingatan buatnya.
Begitulah sebuah pertemuan singkat tetapi cukup mengajarkan kepada kita erti cinta yang abadi. Di akhirnya saya sempat bertanya kepada beliau, “abang datang sini bawak bekal ke? Nampak macam tupperware je?”
Abang kacak itu tersenyum, katanya “waktu rehat tengah hari memang saya akan makan di sini.” Saya tergamam. Inilah cinta sejati, inilah ‘love tilljannah’.
Rujukan hadis :
“Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudahku, kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia. Oleh kerana itu Allah mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Baginda di syurga,” H.R al-Baihaqi.
Hadis ini walaupun disabdakan khusus untuk isteri-isteri Nabi s.a.w namun maksud yang cuba disampaikan terpakai juga untuk kita yakini dan kita hajati. Syaratnya kedua-dua pasangan kejarlah syurga Allah untuk mendapat ‘love tilljannah’.
Tuesday, November 21, 2017
Keputusan seorang murid Darjah 1
Keputusan seorang murid Darjah 1: KESAN hari ini: KECEWA kerana kedudukan dalam kelas 22/32 walaupun semuanya A. Bertambah seorang lagi Mental Stress Disorder mungkin?
Sampai bila kah senario seperti ini terus DIBENARKAN untuk berlaku dalam masyarakat kita?
STOP saying, "There's nothing we can do." "The system requires the child to read." "The system this.. the system that..."
Sampai bila?
Tidakkah kita yang dewasa ini ada akal dan fikiran yang boleh berfikir dan mengimbangi apa yang perlu dan apa yang tidak perlu?
Ya, kita STUCK dalam sistem.
Boleh tak kita HENTIKAN KITARAN JAHAT (Vicious Cycle) ini?
Boleh tak kita move on with our life, dengan tidak kisahkan jika anak kita boleh atau tidak?
Sebab secara saintifik nya, anak-anak ini boleh survive, boleh belajar, boleh hidup, jika kita benarkan mereka menjadi diri mereka.
PERCAYA KEPADA PROSES.
Bukan percaya kepada HASIL yang PROSESnya melibatkan tekanan seperti ini.
Saya kasihankan anak-anak kita yang kecil-kecil lagi sudah mengalami tekanan jiwa.
Alternatifnya Parents?
Samada pihak sekolah memberi tekanan atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
Samada anak kita masuk kelas terakhir atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
Samada kawan-kawan kita nak banding-bandingkan anak-anak, TOLONG ABAIKAN.
Samada ahli keluarga kita mahu mengherdik anak kita atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
KENAPA?
Kerana ANDA lebih tahu SIAPA ANAK ANDA!
Apa yang perlu anda lakukan?
Berikan sokongan MORAL. Percaya pada kebolehan anak anda. Multiple Intelligence ada banyak, jikapun ianya bukan di bidang berkaitan akademik, ada banyak lagi Intelligences yang lain. Dalam AlQuran tercatat 14 Multiple Intelligence, Howard Gardner baru jumpa 9. Kenapa Howard Gardner yang buat kajian? Kenapa tidak kita?
Kayu pengukur bukan hanya PEPERIKSAAN. Ada banyak cara lain. Adakah kita semua bersedia untuk menggunakan Kayu Pengukur yang lain?
Tepuk dada, tanya selera. Kita ada akal, kita perlu berfikir. Jom!
HENTIKAN KITARAN JAHAT ini segera.. 10 tahun akan datang, dunia tidak lagi melihat bilangan A. Saya ulangi kata-kata ini (semenjak tahun 2014 lagi), 'anak anda boleh survive jika mereka ada SKIL, bukan bilangan A'. Dah bersepah di luar sana dengan hanya cantik atas KERTAS, tetapi tidak boleh bekerja.
PLEASE CHANGE.
(Gambar - sumber dari kenalan rapat)
#stoptheviciouscycle
#hentikankitaranjahatini
#ubahpendidikan
#ubahmetodpendidikan
[11/17, 3:54 PM] junaidah jalaludin: Saya sgt setuju juga. Anak saya mengalami perkara yg hampir serupa. Walau subjek teras A tp disebabkan D dalam subjek bm penulisan..4 hari mlm nak tidur dia menangis kata " I'm a failure!" Dia tak lihat pada markah tp pd nombor dlm kelas dan keseluruhan. Baru djh 1 mereka dah stress dgn dpt no berapa. Menangis takut kena tukar kelas sbb itulah yg dia dgr dari abg kakaknya...sapa x pandai turun kelas.
Menyedihkan apa yg berlaku pd sistem pendidikan kita.
Moga sebagai parents kita dpt sama fikir2kan.
Saya kata pd anak saya..
"Allah bg pandai pd manusia berbeza2. Kita ke sekolah utk cari ilmu. Ilmu lebih bernilai dr nombor dlm kelas. Walau anak umie no 27 tp anak umie masih pandai. Anak umie setiap mlm baca buku. Byk ilmu yg dpt walau ilmu tu tak keluar periksa."
Minat anak2 juga berbeza2. Anak saya suka baca buku english. Mungkin Sbb tu bm penulisan boleh D. Tp itu "learning process" dia.
Dr 'kegagalan' ini, dia belajar. Jgn kita yg dewasa rosakkan keseronokan mereka mencari ilmu.
Please motivate our children love for knowledge. Knowledge bukan yg masuk periksa saja. Ilmu amat luas. Dari ilmu yg di teroka, mungkin anak kita akan jumpa minat mereka yg boleh melakar sejarah....

Labels:
Good to Read,
Pendidikan di Malaysia,
Peringatan,
Reform
Tidak Kuat Melihat Anak-anak Berduka
Saya terbaca sebaran poster kenyataan Dato Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau berpesan supaya pada hari keputusan UPSR diumumkan, tidak perlu diadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang 6A sedang ratusan calon murid UPSR lain hanya memerhatikan dengan perasaan diri mereka tidak dihargai.
Betapa saya merasai pengalaman 'getir' itu sebelum ini. Bukan sebagai murid. Tetapi sebagai bapa.
Pada hari itu, subuh lagi isteri sudah berpesan,
"Abang, nanti jangan lupa datang sekolah. Zulfa ambil UPSR hari ni."
Saya hanya angguk dan senyum. Mana mungkin saya lupa.
Kali pertama dalam hidup anak sulung menerima keputusan peperiksaan besar.
Pagi itu, saya ke pejabat dulu. Rakan sepejabat pelik melihat saya masih berlegar-legar di meja.
"Encik Ammar tak pergi ambil result anak?"
"Relakslah. Bukannya keputusan keluar terus. Menteri umum dulu, baru result boleh ambil."
Terus menyambung kerja-kerja yang sedang menunggu.
Henfon berpusing di meja diiringi deringan lagu lembut.
"Abang, dah gerak dari ofis belum?"
"Belum. Baru nak gerak." Sambil menolak kerusi merapat ke meja.
"Result dah boleh tengok online. Tapi Ryn tak berani nak tengok. Kalau abang nak tengok, tengoklah. Tapi jangan beritahu Ryn."
Lif dari tingkat 7 turun ke B1 hari itu terasa sangat perlahan. Jantung berdegup lain dari biasa. Detak dan berombak seperti berlari.
Ya, saya gugup.
Zulfa sederhana saja di sekolah. Dari darjah 1 hingga 6, sering juga berpindah kelas. Pernah merasai kelas tertinggi semasa darjah 5, tetapi turun ke kelas kedua untuk menghadapi UPSR.
Tiada apa yang istimewa pada pencapaian. Jarang dia menerima anugerah akademik. Tetapi saya tidak boleh menyangkal seperkara. Dia anak rajin dan tak banyak soal. Diminta belajar, dia belajar. Diminta menolong kerja di rumah, dia menolong.
Walaupun akademik sederhana, tidak pernah saya rasa mahu memarahi Zulfa.
Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas KAFA, dia akan tertidur kepenatan di dalam kereta.
Sampai saja di rumah, terus mandi dan menyelesaikan kerja-kerja sekolah tanpa disuruh.
Tiba maghrib, dia berhenti solat sendiri.
Selepas makan malam, sambung semula menyiapkan kerja sekolah.
Ada hari, apabila tiada kerja sekolah, dia menilik jadual belajar di dinding dan terus membuat latihan dalam buku aktiviti. Tanpa suruh.
Ada masa, dia minta saya mengajar apa yang sukar dia fahami. Tanpa sedar, kadang-kadang saya tertidur atas katilnya. "Abah, Zulfa nak tidur." Saya melihat jam dinding, pukul 12 malam.
Hari minggu, dia selalu memujuk rayu minta untuk belajar di rumah kawan. Jika tidak diizin, monyok sepanjang hari.
Bukan kami tak sokong, tetapi jarak rumah ke Putrajaya bukannya dekat. Rasanya, cukup setiap hari, abah mama berulang alik untuk kerja. Tidak betah rasanya hari minggu masih memandu jauh.
Tapi rajuknya sebentar. Sedang kami leka, dia sudah di dalam bilik, belajar sendiri.
Untuk anak yang begini, apa lagi mahu saya paksa.
Lalu, fahami saja jika saya gugup pagi itu.
Sebagai bapa, saya boleh menerima apa saja. Dengan usaha Zulfa, saya tidak menyesal apa-apa. Saya sudah melihat prosesnya. Hasilnya hanya bonus bagi saya.
Tetapi dia. Bagaimana dia?
Bukankah di mana-mana pun orang berkata, usaha tangga kejayaan. Mudah fahamnya, berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?
Saya tinggalkan soalan itu begitu saja. Kerana berjaya itu luas tafsirannya.
Lagipun, beberapa minggu sebelum itu, Zulfa pernah berbincang hati ke hati dengan saya. Dia sudah usaha, dia terima saja apa keputusannya. Ketika itu saya sudah lega. Harapnya apabila hari itu tiba, dia benar-benar kota apa dikata.
Ikon Google Chrome di henfon saya sentuh dan biarkan 'loading'. Alamat url yang disebut isteri saya taipkan satu persatu. 'Enter'. Paparan telah tersedia. Masukkan no. IC dan angka giliran, keputusan dipaparkan.
Lama saya duduk dalam kereta yang enjinnya telah dihidupkan. Sungguh saya tidak kecewa. Tidak. Saya sedang mencongak-congak bagaimana mahu berhadapan Zulfa. Apa yang saya lihat terpapar di skrin sudah saya redhakan. Sekarang ini, ayat apa mahu saya ucapkan nanti.
"Abang, guru besar belum balik dari pejabat PPD untuk ambil keputusan. Tapi Ryn dengar 'result online' dah keluar. Abang dah tengok?"
"Dah." Perlahan dan bergetar. Isteri, dari intonasi saja sudah terbaca di hati apa yang saya cuba sampaikan dari getar itu.
"Allah bang..." Itu saja yang terungkap dari mulut isteri selepas saya didesak untuk memberitahu keputusannya. Aneh juga wanita bergelar ibu. Satu masa dia berpesan seperti tak mahu peduli. Tidak lama dia pula mendesak untuk mengetahui.
Ketika itu, saya seperti baru memahami apa perasaan seorang doktor yang sudah tahu pesakitnya menghidap kanser tahap 4 dan didiagnos sukar untuk diubati lagi. Perasaan mahu mengkhabarkan berita itu, seperti pedih menoreh dada.
Dari jauh, saya mendengar pengumuman nama anak-anak bertuah yang memperoleh 5A. Menaiki tangga menuju dataran sekolah, terhidang di hadapan saya deretan anak-anak yang sedang duduk beratur menunggu nama masing-masing dipanggil.
Saya mencari kelibat Zulfa dan menangkap dia sedang bergelak ketawa mengusik rakan-rakan dalam barisan yang berada sedikit ke tengah.
Dia sedang enak ketawa dan hati saya pula sedang mendung. Dia masih belum tahu keputusan, sedangkan saya masih gagal menemui kata terbaik mahu diungkapkan.
Zulfa terpaling ke arah saya, melambai-lambai dan menunjukkan ibu jari tanda bagus. Itu keyakinan dia ketika itu.
"Ya Allah, teruji sungguh hati ini hari ini." Saya hanya mampu bersandar pada dinding.
Selepas menamatkan bercakap dengan ibu seorang pelajar, isteri datang merapati, "Bang, tengok Zulfa tu bang. Dia seronok lagi tu. Tak tahu apa. Kesiannya dia bang." Mata isteri mula berair.
Saya memerhati Zulfa dari jauh. Kepalanya terdongak-dongak menanti namanya dipanggil. Sesekali dia bertanya kawan hadapan, nama siapa yang disebut apabila tidak dapat mendengar dengan jelas. Kawan sekeliling yang tadi ramai, sudah mula bangun seorang demi seorang meninggalkan dia. Yang dapat 4A sudah. Yang dapat 3A sudah. Sedang diumum mereka yang 2A. Dia mula gelisah.
"Allah, Allah, Allah..." Itu saja mampu saya dalam hati. Kau takkan mampu untuk pandang wajah dia yang sedang menanti itu.
Zulfa memandang saya dari tempat duduknya. Kali ini, pandangannya tidak seceria dan bercahaya seperti awal tadi. Dia seperti sudah mengagak sesuatu. Jika kau pernah lihat wajah anak yang sedang bersalah, itulah wajah Zulfa ketika itu. Cuma kali ini, dia tidak salah, dia tidak berbuat apa dosa pun. Dan itu yang menyebabkan airmata seorang ayah hampir tumpah.
Sebaik saja slip peperiksaan bertukar tangan, barulah wajah putih tadi mula merah. Saya membiarkan saja dia memilih bahu siapa yang mahu dipinjam. Ternyata bahu yang diperlukan adalah ibu. Berlaku drama airmata yang kehilangan skrip. Tiada sebarang kata-kata, hanya pelukan penuh emosi hiba.
Saya berjaya mengawal 'ego' seorang lelaki pada pagi itu hanya untuk menanti akhirnya airmata itu tumpah pada waktu berdoa selepas solat maghrib berjemaah.
"Ya Allah, kami bersyukur dengan apa yang telah engkau rezekikan kepada kami ya Allah. Selepas segala usaha, jika ini yang kau berikan pada kami, penuhkan hati kami dengan rasa cukup ya Allah. Tidak ada kuasa yang mampu memberi bahagia melainkan engkau ya Allah.
Tanpa dirancang, saya berpaling ke belakang dan menitipkan doa khusus untuk Zulfa ketika itu.
Ya Allah, Zulfa sudah berusaha sebaiknya ya Allah. Dia sudah redha dengan hasil yang diperolehi ya Allah. Kau kuatkanlah hatinya ya Allah. Jangan kau padamkan api semangatnya yang mahu terus menimba ilmu-Mu ya Allah.
Sesungguhnya, kami sangat LEMAH ya Allah.... "
Sebut saja perkataan LEMAH, serentak itu juga, jatuh habis airmata yang dari pagi diempang. Saat itu, sebagai bapa, betapa saya sedar, sekalipun kau manusia boleh berusaha tanpa batas masa, menghimpun segala kepandaian manusia, merancang strategi 'pasti berjaya', apabila akhirnya Allah putuskan begitu, maka begitulah! Kau tidak akan berdaya. Kau selemah-lemah manusia.
Lama saya terhenti. Jelas ada esak tangis juga di belakang saya. Ya, ego manusia jatuh. Mana lagi mahu meminta pertolongan jika bukan dari-Nya.
Saya serahkan sepenuhnya urusan untung nasib persekolahan anak saya seterusnya pada Allah.
Ketika itu, baru terasa betapa nikmatnya hati yang bulat sepenuhnya, lillahi taala.
>>>
Alhamdulillah... Selepas satu tahun, saya mula nampak mengapa Allah menyusun apa yang berlaku sedemikian rupa. Di sekolah menengah, Zulfa sangat berbeza dari dia yang saya kenal di sekolah rendah sebelum ini. Potensinya dicungkil dalam pelbagai bidang. Mendapat rakan-rakan sekolah yang bagus akhlak. Dia seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku tahun sebelumnya. Saya lega.
Cukuplah sekali itu. Saya memang berharap keputusan peperiksaan tidak lagi diumumkan sedemikian rupa. Serahkan saja keputusan peperiksaan mengikut nama kepada anak murid dan biarkan mereka membaca sendiri keputusan mereka. Mana yang keputusannya cemerlang, sekolah boleh raikan dalam satu majlis khas buat mereka kemudian dari itu. Tidaklah murid lain yang menunggu terpinga-pinga.
Tidak mahu lagi ada bapa atau ibu lain yang merasai apa yang saya rasa.
Ammar Kamilin
Tidak kuat melihat anak-anak berduka.

Subscribe to:
Posts (Atom)