Wednesday, April 02, 2014

Usrah bersama Sharifah Mastura - TARBIATUL AULAD

6/3/2014

Alhamdulillah, diizinkan lagi kami ibu-ibu Riyadh mengikuti usrah pada minggu ini.   Memandangkan Isya' sudah makin lewat, setelah menunggu suami dan anak2 selesai solat di Masjid, kami bergerak ke rumah sahabat yang kurang sihat untuk mengantar lauk.  Lepas tu baru ke rumah ukhti Yan untuk bersama mngikuti usrah.  Dalam perjalanan, baru fikiran berlegar..hemm…sapa ek Sharifah Mastura ni???
Setiba di rumah Cik Yan, usrah sudah pon bermula.  Harap2 tak banyak ilmu yang terlepas.  Melihat wajah salah seorang anak dalam ruang tamu usrah, baru sedar rupanya pernah jumpa ngan Kak Mas atau namanye Sharifah Mastura.  Kak Mas adalah warga Singapura yang telah 20 tahun menetap di Saudi.  Beliau kini seorang pensyarah di Prince Sultan University dan dah punye cucu!  Usrah disampaikan dalam bahasa Inggeris. Moga apa yang dikongsikan disini tidak saya tafsirkan dengan salah bila translate ke Bahasa Melayu…insyaAllah.
Tarbiatul Aulad According to Sunnah.  Masyaallah…tajuk yang begitu menarik sekali buat kami para ibu.  Sesuai bagi pembawa tajuk tersebut yang mempunyai 8 orang anak kesemuanya hafiz dan hafizah!  Masyaallah, tabarakallah.
Jadi disini ingin saya kongsikan jua kandungan usrah, semoga menjadi panduan pada kita sebagai ibubapa agar dapat melahirkan anak2 soleh dan solehah yang dapat menjadi daie dimukabumi ini.  Sebaik melabuhkan diri , Kak Mas menyampaikan peringatan buat diri ini….3 perkara yang menjadi bekalan kita apabila kita meninggalkan alam sementara kita ini adalah :
  1.  Sedekah jariah
  2. Ilmu pengetahuan yang di manfaatkan
  3. Doa dari anak yang soleh/solehah
Jadi, bagaimana untuk kita melahirkan anak yang soleh dan solehah?  Apakah yang patut kita ajar pada anak2 kita ? Ada 4 perkara yang di tekankan dalam mendidik anak2 :

PERTAMA DAN YANG PALING UTAMA "IMAN KEPADA ALLAH SWT".  
Tanamlah dalam jiwa anak2 kita  iman pada Allah dengan tauhid al rububiyah, tauhid al uluhiyyah dan tauhid ul-asma' wal-sifat.
[alhamdulillah pernah buat revision bersama anak2 dalam buku teks mereka masa musim exam, kalau tak lama gak kena proses nak recall balik ;-)). Di tika itu teringat pada sebuah buku yang di baca "Nurturing Iman in Our Children" oleh Dr Aisha Hamdan.  Kalau tak nak beli boleh download buku ni kat http://www.kalamullah.com/nurturing-eeman-in-children.html)

Dalam buku tu, penulis tekankan untuk ajar anak2 kita tentang iman pada Allah sejak dari kecil lagi.  Kalau pegi taman tu..cakap pada dia "Sapa yang buat pokok ni?  Sapa yang jadikan bunga2 ni?"…inilah antara contoh yang kita perlu biasakan pada anak2 kita.  Setiap sesuatu tindakan atau perkara yang berlaku pada anak2 kita ,kaitkan lah dengan Allah taala supaya mereka tahu hidup mereka adalah kerana Allah (selitan sikit ek sbb saya suka sgt buku ni dan alhamdulillah saya cuba implement pada anak yang sekarang berumur 3 tahun lebih, kalau tanya dia sapa buat itu ini..semua Allah ;-)).  Banyak lagi kandungan buku ni yg bermanfaat utk kita sbg ibubapa...tak rugi baca.]

KEDUA, PATUH PADA AJARAN RASULULLAH SAW.  Hendaklah kita mengajar anak2 kita untuk menurut apa yang di ajar oleh Rasulullah.  Rasulullah telah menunjukkan pada kita sebagai umatnya cara hidup yang lengkap menurut Islam.  Biasakan anak2 mengikut sunnah Rasulullah.  Wujudkan rasa kecintaan pada Rasulullah dalam jiwa anak2 kita.  Oleh itu..ikutlah segala yang diajar olehnya, hindarkan dari perkara bid'aah dan takut hanya pada Allah swt.

KETIGA, PATUH PADA IBUBAPA KERANA ITU ADALAH SURUHAN ALLAH.
Amat penting untuk kita pastikan anak2 kita patuh pada kita sebagai ibubapa tetapi patuh itu bukanlah kerana paksaan atas rasa takut pada kita sebagai ibubapa tetapi anak2 memahami bahawa mereka turut kata kita sebagai ibubapa kerana itu adalah suruhan Allah. 

Apabila ini berlaku, kita tidak perlu risau apabila kita lepaskan anak2 ini diluar pandangan mata kita.  Jika kita tiada dihadapan mata, mereka tetap takut untuk melakukan perkara2 yang dilarang agama. Jika anak2 disuruh buat homework, mereka akan terus lakukan kerana mereka tahu mereka perlu patuh pada ibubapa.  Subhanallah…bahagianya kan jika sebegini anak2 kita terdidik.
Sebagai ibubapa, kita diingatkan untuk menjaga tindak tanduk kita kerana "they will be what we do NOT what we told them to do!" [Ya! Saya amat setuju sekali dengan kata2 ini kerana dah pernah kena kat batang hidung sendiri ;-).]

Pesan Kak Mas lagi…teach our kids to BE HONEST!  Penting sangat untuk kita didik anak2 menjadi jujur dalam setiap perkara.  Jangan sesekali kita mengajar anak kita menipu walau kononnya "tipu sunat".  Contohnya..kalau ade orang cari kita tapi kita tak nak jumpa, kita cakap kat anak kita suruh bagitau orang tu "mak tak de rumah".  Sedar tak kita dah ajar anak kita untuk tidak jujur!  Walau sekecil mana sekali pon, tanamkan sedari kecil untuk sentiasa jujur bermula dengan kita sendiri sebagai ibubapa!

KEEMPAT, JADIKAN AL QURAN SEBAGAI PANDUAN.  Subhanallah…betapa Allah telah sediakan kita panduan lengkap untuk hidup di dunia ni.  Adakah kita telah benar2 sandarkan  al quran sebagai panduan hidup.  

Amat menarik sekali mendengar pengalaman Kak Mas dalam menjadikan al quran sebagai 'kehidupan' beliau sekeluarga.  Ketika Kak Mas di UK dan membaca al quran disebuah masjid…lalu seorang perempuan menegur bacaannya.  MasyaAllah…sambil lalu perempuan tu boleh tegur bacaannya!  
Terus Kak Mas bertanya.."bagaimana beliau boleh tahu kesilapan bacaannya sambil lalu jer?" 
 Perempuan tu menjawab"beliau hafal al quran".  

Kak Mas terus bertanya"Bolehkan beliau mengajarnya bagaimana untuk jadi seperti beliau?"
Perempuan tu memberitahu bahawa dia hanya seorang pelancung dari Pakistan dan akan pulang semula ke negaranya.  Tetapi kata wanita tadi adalah biasa di Pakistan mereka mula menghafal quran pada usia 7 tahun dan tamat pada umur 10 tahun…masyaAllah!

Dari detik itu, perempuan tadi telah memberi inspirasi pada Kak Mas untuk menghafal al quran.  Subhanallah…bahagianya wanita tersebut pabila kebajikannya tadi akan dibentangkan di padang mahsyar kelak tanpa beliau sendiri menyedarinya.  AllahuAkbar…betapa pemurahnya Allah dalam memberi ganjaran pada setiap kebaikan yang hambaNya lakukan.

Pengalaman Kak Mas dengan al quran amat menarik untuk dikongsi.  Dengan niat mendalami al quran juga agama Islam, Kak Mas memasang niat untuk ke bumi Saudi..  Kak Mas memberitahu kawan Saudinya akan niat Kak Mas dan ada dua pesanan yang ditinggalkan oleh teman Saudinya :
  1. Jangan 'expect' orang2 Saudi memberi layanan baik pada orang luar.  
  2. Jika mahu belajar bahasa arab dan mendalami agama..carilah Dar Dzikr.

[Yup…mmg betul nasihat teman kak Mas tu.  Dalam hati saya berkata, saya setuju 100%!  No 1 tu rasanye, teman2 disini semuanya dah melaluinya.  Walau bukan semua orang Saudi macam tu tapi kebanyakan dah pon menghadapi orang2 sebegitu.  Kalau jumpa yang baik tu…masyaAllah, baik sangat2.   

Yang no 2 tu memang saya telah pon ke sana.  Dar Dzikr merupakan sebuah sekolah NGO untuk non-arabs.  Mereka benar2 serius dalam memberi ilmu kepada yang berminat.  Cara pengajian macam kat universiti lak rasanye…lagi serius kot ;-).  Kami mempunyai subjek b arab, Islamic studies dan Hafazan.  Kalau level lagi tinggi, subjek hadith, feqah dan tauhid juga kena ambil kalau tak silap.  Setiap minggu ada quiz dan exam mengikut semester cam sekolah/universiti.  Kalau fail capai percentage yang diorang tetapkan, kena ulang semula level. Dek kerana saya mengandungkan anak ke-5 pada semester ke-2, saya terpaksa berhenti kerana tak cukup kekuatan untuk mengurus rumahtangga dan persiapan untuk kelas.]

Kak Mas…masyaAllah, beliau tamat hingga level 8.  Tabarakallah…sepanjang tahun2 di Saudi juga, beliau begitu kuat belajar untuk diri sendiri dan juga memastikan anak2 beliau juga menghafal al quran dan mendalami Bahasa Arab.  

Atas niatnya yang ingin menghafal al quran, anak pertamanya sememangnya sentiasa dihidangkan dengan ayat2 al quran ketika di dalam perut lagi.  Tiada lain yang diisi untuk santapan telinga anaknya selain al-quran sehingga perkataan pertama anak pertama beliau adalah ABASA!  MasyaAllah..tabarakallah.  Betapa hebatnya kuasa Allah, sehingga anaknya mampu membaca surah panjang (tak ingat dia cakap surah al rahman ke al imran) pada usia 3 tahun!  AllahuAkbar.

Kak Mas telah didedahkan dengan early age children development ketika di singapura tak pasti kerana beliau bekerja di bidang tu atau beliau menghadari seminar2.   Jadi apa yang Kak Mas praktikkan pada anak2nya adalah menggabungkan GLENN DOMAN method denganAL QURAN.  Dari kecil anak2nya didedahkan dengan flash card juga al quran.  MasyaAllah…hasilnya, seperti yang dikatakan tadi.  Anak pertama Kak Mas mampu hafal surah yang panjang diusia 3 tahun!  Quran sememangnya tidak jauh dari beliau, ketika menyusukan anak, ketika duduk, baring…senang kata…tak kira waktu. MasyaAllah…begitulah kekuatan dan kesungguhan Kak Mas.  Adakah kita mempunyai kesungguhan begitu???  Alhamdulillah Kak Mas berjaya melahirkan anak2 yang bijak pandai, penghafal al quran dan beramal dengannya.  Allah memakbulkan doa beliau sedari sebelum beliau mempunyai anak lagi!  
Satu lagi pesanan penting Kak Mas kalau nak anak2 rapat dengan quran…jauhkan mereka dari sebarang SKRIN!  Apa2 berskrin jauhkanlah dari anak2 kita.  

[Hemm…..inilah cabaran utama buat ibubapa masa kini.  Kita sedari kecil dah dedahkan dengan tv, ipad dan perbagai.  Memang benar kata2 Kak Mas…kita rasa dapat jadikan anak2 kita cerdik bila expose pada gadget2 tapi tanpa sedar kita jadikan anak kita pemalas dan kurang kreatif.  Kita gunakan gadget sebagai escape goat untuk hilangkan perhatian anak dari menggunakan diri kita sebagai ibubapa walhal perhatian kita amat diperlukan untuk membina otak anak2 kita.]  Banyakkanlah meluangkan masa membuat kraf2, mewarna, bermain dan berbual bersama anak2 kita kerana hasilnya amat memuaskan.  Sememangnya dah banyak artikel saya baca akan kesan negatif benda2 skrin ni…sekarang terpulang pada kita untuk mencari kekuatan merubah perkara ini dari SEKARANG!

[Saya sendiri sudah melihat bagaimana jiran saya yang juga tidak membenarkan anak2nya menonton tv juga melahirkan 5 orang hafiz dan hafizah dari 8 orang anak juga(yang 3 lagi belum sebab masih kecil).  Dan jiran saya juga adalah seorang muallaf…subhanallah.
Terasa diri ini begitu kerdil melihat kekuatan kak Mas juga jiran2 saya disekeliling rumah berbangsa amerika juga seorang berbangsa Cina Malaysia yang jauh lebih hebat dalam mendidik anak2 mereka dalam deen al Islam.]

YANG KELIMA, AJARKAN MEREKA AGAMA.  AJarlah mereka apa yang dintuntut oleh agama dijalan yang betul.  Carilah guru jika kita tidak mampu mengajar mereka sendiri. Yang penting cari guru yang betul agar anak2 kita mengikut yang disyariatkan.
Pesanan terakhir…ingat bahawa tugas mendidik anak bukanlah kerja ibu atau bapa seorang.  Ia adalah tugas bersama.  Untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah kedua2 perlu bekerjasama demi mencapai matlamat bersama.

[Begitulah sedikit sebanyak pengisian yang dapat dikongsikan bersama.  Teringat jua soalan kak Mas pada sessi soal jawab.."apakah cabaran paling besar untuk kita tarbiah anak2 mengikut sunnah?"
 Saya jawab.."Diri saya sendiri!".
Kata kak Mas, "Kalau diri sendiri, itulah yang paling mudah!  Kerana jika diri sendiri, kita jangan putus berdoa moga Allah berikan kekuatan pada kita untuk capai niat yang baik."  Ingat..jangan lupa berdoa pada waktu2 yang mustajab.
Allahuakbar!  Semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini juga ibubapa yang lain dalam membina generasi Islam yang gemilang.
Semoga apa yang dikongsi dapat dimanfaatkan buat ibubapa yang lain dan khasnya pada anak2 ummie yang bakal menjadi ibubapa bila besar kelak.  Inilah antara setitik ilmu yang dapat ummie tinggalkan dan doa ummie agar zuriat keturunan ummie  berjaya mendidik anak2 menjadi mukmin yang dikasihi dan di rahmatiNya.]-tw&


No comments: