9 Julai 201- 8 August 2013
Empat tahun dah kami merantau dibumi Saudi tapi buat pertama kalinya kami membuat keputusan untuk berpuasa dan berhari raya di perantauan. Selalunya tiba saje cuti sekolah aku dan anak2 bersiap sedia pulang ke tanahair sehinggalah hari raya.
Kesian juga kat suami yang terpaksa berpuasa sendirian setiap tahun. Atas beberapa faktor, kali ini aku nekad untuk bersama suami tersayang walaupon beberapa kali suami counter offer untuk becuti di tanahair. Alhamdulillah, keputusan yang di ambil memberi ruang untuk kami sekeluarga menghayati Ramdhan dengan penuh nikmat. Aku amat bersyukur dengan keputusan untuk menetap di RIyadh pada bulan puasa kali ini.
Pada awalnya anak2 membangkang juga keputusan tak balik Malaysia. Setelah dipujuk2..alhamdulillah mereka bersedia untuk menimba pengalaman baru. Yelah..memikirkan jam berpuasa lebih panjang iaitu 15 jam berbanding 13 jam ditanahair dan musim panas dimana suhu mencapai sehingga 47 darjah celcius…pasti terasa cabarannya.
Malam pertama Ramadhan, kami sekeluarga bersiap sedia ke masjid berdekatan dengan rumah. Terasa berbunga dihati melihat anak2 dan suami kesemuanya berjubah putih menuju ke masjid. Begitu ramai jemaah. Akhamdulillah, di bulan Ramadhan, wanita dibenarkan berjemaah untuk solat terawih dan Qiamullail di Saudi. Kebiasaannya, wanita tak dibenarkan untuk solat dimasjid. Bermulanya sahaja solat, hati terasa sayu mendengar alunan bacaan surah oleh imam yang begitu mengasyikkan. Imam2 disini kesemuanya adalah para hifaz…bacaan surah2 lazim hanya didengari pabila tiba solat witir.
Malam pertama ramadan, imam sudah membaca doa qunut dimana biasanya akan mula dibaca pada malam ke-15 bila di Malaysia. Doa qunutnya pula agak panjang sehingga anak ke-3, Afiq katakan pada kami ‘Ummie…ada muscle la kat tangan Afiq sbb lama sangat doa ..hehe). Masyaallah…walaupon tak memahami bahasa arab, hati terasa sayu mendengar imam berdoa dengan suara yang sebak. Bila imam menyebut Ikwanul Muslimim, Syria…terbayang umat Islam yang menyambut Ramadhan dalam keadaan kelaparan dan peperangan. Air mata terus menitis mengingatkan saudara kita disana.
Selesai sahaja solat terawih, suami belanja kami dunkin donut ! Yeah…gembira sungguh anak2. Abahnya pon lebih bersemangat untuk menyambut Ramadhan kali ini memandangkan tahun2 sebelum ini menyambut Ramadhan berseorangan. Memandangkan subuh jam 3.45 pagi…anak2 membuat keputusan tak nak tidur sehingga sahur. Takut susah nak bangun bila baru saje melelapkan mata. Nampaknya putaran jam tidur kami akan berubah juga.
Dunkin Donut Ramadhan Mubarak Special Edition…luv it!
Hari pertama berpuasa…alhamdulillah…lebih mudah nampaknya buat anak2. Yelah…walaupon jam lebih panjang tetapi masa mereka dipenuhi dengan aktiviti dalam rumah yang beraircond. Tak terasa bahang panas di luar. Isyak pula dilewatkan dua jam selepas maghrib. Mungkin ada baiknya juga solat isyak dilewatkan. Takde lah kami ‘rushing’ nak ke masjid dengan perut yang masih kekenyangan. Anak2 pon begitu mudah untuk bersama2 ke masjid sebab dah cukup masa ‘relax’. Untuk diriku juga…takde masalah bila menjemput tetamu berbuka dirumah kerana masa menjamu selera bersama tetamu juga cukup untuk kita sama2 bersiap sedia ke masjid. Jadi, walaupon aku beberapa kali membuat majlis berbuka, aku masih berpeluang berterawih di masjid.
Setelah hari ketiga aku berpuasa dibumi Riyadh..suami bertanyakan pandanganku. Masyaallah….kataku. Terasa begitu nikmat berpuasa disini walaupon baru hari ketiga. Kataku…aku amat suka segalanya. Aku sukakan suasana Ramadhan yang meriah, solat terawih yang penuh nikmat, tiada rancangan TV yang mengganggu fokus kami dalam ibadah. Apa yang aku rindui adalah kemesraan jemaah setelah selesai solat dimana jemaah ditanahair akan bersalaman walaupon tidak mengenali sesama kita. Di sini masing2 berpaling untuk pulang tanpa ada sesiapa yang bersalaman.
Subhanallah…pada keesokan harinya Allah mendengar komenku. Selesai sahaja solat terawih, aku di dekati seorang wanita SAudi yang wangi dan comel sekali. Ketika solat…dia rapatkan diri padaku untuk merapatkan saf sedangkan aku cuba jauh sedikit darinya kerana risau orang saudi tu terbau ayam goreng pada diriku yang tak sempat menyalin pakaian sebelum ke masjid kerana kalut sedikit mengadakan majlis iftar di rumah sedangkan wanita sebelahku itu begitu wangi sekali bau perfume. (Terasa nak bertanya je jenama perfume dia ). Selesai sahaja solat, wanita tersebut begitu mesra bersalaman denganku, bertanya khabar dan doakan keberkatan buat diriku. Walaupon kami seperti ayam dan itik tetapi kemesraan yang ditunjukkan begitu bermakna buat diri ini yang baru semalam memberi komen terhadap kemesraan orang di Saudi. Aku mengandaikan Allah mengkabulkan doaku merindui kemesraan jemaah atau Allah jua mahu mengingatkan diri ini agar tidak selalu bersangka buruk terhadap orang Saudi..hehe.
Kami meneruskan hari2 Ramadhan disini dengan penuh nikmat. Sepanjang Ramdhan kami mencuba terawih di 8 buah masjid. Masyaallah…apa yang aku doakan agar anak2 kami dapat menjadi seperti imam2 disini…tahfiz dengan bacaan yang penuh penghayatan. Ada kalanya sehingga sebak mereka mengalunkan ayat2 suci al quran. Tiada juga perbalahan berapa jumlah rakaat terawih kerana ade masjid melakukan 4,6,8, 10 dan 20. Jadi pilihlah mengikut selera kalian. Masjid pula bertaburan di sana sini…antara 5 ke 15 minit sahaja jarak untuk bertukar pilihan.
Tidak ketinggalan majlis iftar bersama teman2 diperantauan…'
Bila masuknya sahaja 10 malam terakhir ramadhan, kemeriahan makin terasa. Bermula jam 1 pagi, masjid2 sudah memulakan qiamulail. Alunan ayat2 suci bergaung2 disana sini membuatkan anda rasa bersalah jika masih leka dengan tidur atau rancangan tv. Ya Allah, tidak terkata nikmatnya. Malam pertama hanya anak sulung dan suami bersama. Kerana tidak pasti jam berapa qiam berakhir, aku meminta anak dara siapkan hidangan sahur. Keesokannya kami dapat mengatur waktu untuk qiam dan sahur. Paling lewat qiam habis jam 2.45 pg. Jadi aku masih berkesempatan untuk memanaskan lauk sahur. Dapatlah anak dara mengikut qiam bersama. Alhamdulillah…terasa gembira dihati melihat anak2 remaja juga ramai ke masjid. Anak2 yang bersekolah rendah menemani nenek2 mereka. Lagi ramai jemaah ketika qiam berbanding waktu solat terawih….masyaallah.
Alhamdulillah…inilah nikmat yang tidak ternilai bila aku memutuskan untuk ramadhan di bumi anbia. Jika ditanahair, aku sibuk dengan persiapan raya, disini masing2 sibukkan diri dengan ibadah. Amat mengamankan pandangan mata pabila melihat anak2yang meningkat dewasa membaca alquran sebaik menunaikan solat, bersama solat terawih dan qiamulail tanpa banyak soal. Walaupon anak2 agak kepenatan untuk qiamulail kerana sujud, rukuk dan qunutnya yang begitu lama..mereka masih ingin meneruskan. Afiq, anak ke-3 sahaja yang mengalah…takpelah…sekurang2nya dia mahu mencuba. Untuk dua rakaatnya sahaja memakan masa 20 minit…doa qunut kadangkala melebihi 5 minit terutama di malam2 ganjil. Mungkin ini agak berat untuk anak yang berusia 8 tahun dengan badan yang agak sihat .
Pada kali ini kami memutuskan untuk meraikan syawal di Madinah. Alhamdulillah…sempat juga kami berpuasa selama dua hari di Madinah sebelum tibanya Syawal. Pengalaman yang menarik ketika iftar hampir tiba. Masjid Nabawi berubah dengan lautan manusia berderet bersama menunggu waktu berbuka di setiap barisan sufrah yang telah diatur. Jangan risau jika kalian tiada air atau makanan untuk berbuka. Insyaallah…rezeki sentiasa ada kerana ramai yang berebut2 mendapatkan pahala memberi makan orang berbuka. Inilah rahmat Allah yang tiada ternilai.
Malam Syawal kami juga terpaksa sibuk mencari jubah untuk berhari raya. Rupa-rupanya ramai gak orang yang shopping last minute cam kitorang. Kedai2 jubah memang hot spot. Alhamdulillah..walaupon hampir lewat malam kami berjaya dapatkan untuk smua…masing2 akan berbaju baru di pagi raya. Lagi senang raya kali ni…tak payah nak pening2 cari baju matching satu famili .
Dalam 10 minit lagi sebelum subuh di pagi Syawal..kami ke masjid yang tidak jauh dari hotel. Masyaallah…ramainya umat manusia. Tak sangka waktu tu manusia sudah melimpah keluar dari dataran masjid. Kami cuba jua menyelit-nyelitkan diri diantara lautan manusia di dalam dataran. Tak sanggup rasanya nak solat di jalan dengan sejadah yang tak mencukupi untuk kami sekeluarga.
Alhamdulillah…dengan izinnya dapat juga kami solat di dataran. Itu sudah cukup baik. Selepas sahaja solat subuh, kami terus tunggu sehingga solat raya. Kebiasaan di bumi arab ni solat raya sebaik sahaja matahari naik. Terasa sayu dihati sebaik sahaja imam takbir hari raya. ALlahuakbar…terus menitis airmata yang ditahan2. Hati terasa begitu sebak dengan perasaan bercampur baur. Kesedihan perginya Ramadhan, kesedihan mengigatkan ibubapa, sanak saudara yang sudah tiada juga yang ada tapi jauh di mata. Juga airmata kegembiraan atas nikmat yang diberi buat diri ini sekeluarga.
Sebaik sahaja matahari mula mencalitkan cahayanya, payung masjid mula terbuka. Masyaallah…begitu mengasyikkan. Dan sebaik sahaja matahari naik, kami mulakan solat aidil fitri. Alhamdulillah…walau dalam kesedihan, ini juga adalah satu rahmat buat kami sekeluarga berpeluang solat di masjid baginda Rasulullah s.a.w. Selesai sahaja solat, manusia mula berpusu2 keluar dari masjid tanpa menunggu habis kutbah. Hemmm…agak2nya sibuk sangat nak berhari raya sampai tak sempat2 nak kuar.
Bila orang sebok nak keluar, suasana pon menjadi bising sehingga tenggelam suara imam memberi khutbah. Bukan setakat kebisingan sahaja, sampah sarap juga kelihatan bertaburan di sekeliling masjid. Astaghfirullahal’azim! Memang tak dinafikan susah nak kawal bila manusia ramai…dengan pelbagai ragam tetapi jika masing2 menjaga adab dan akhlak..insyaallah, kekotoran sbgini dapat dikawal. Lagi2 kat masjid Nabi. Tak terlintaskah mereka bagaiman perasaan Rasulullah melihat akhlak umatnya. Teringat terus akan kekotoran sampah sarap pabila menunaikan haji. IInikah imej umat Islam yang mahu kita tunjukkan??
Walau apapon…ia adalah pengalaman yang berharga buat kami sekeluarga. Ia juga peluang untuk kami mendidik jiwa anak2 kami. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan yang dikasihi. Salam Aidilfitri buat semua umat islam yang mengenali kami walau di mana jua mereka berada..-&tw
Senyuman di subuh hari….
Rest n relax kat masjid lepas solat raya…
Manusia bersesak untuk masuk ke rawdah di pagi raya…
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dr kami sekluarga – Madinah Al Munawwarah…
No comments:
Post a Comment