Dah lama ketiakku tak berpeluh. Dah lama jugaklah aku tak dapat bau peluh ketiakku. Dah hampir lupa pun aku camane baunya.
Tapi sejak 2-3 hari ni.. ia dah berpeluh balik. Aku dah mula ingat semula camane baunya. Aku dah ingat balik rasa kurang senang bila peluhku mula banyak..aku mula ingat aku kena basuh baju setiap kali lepas pakai. Kalau tak aku pakai je balik baju tu. Selagi takde bau, selagi tu la aku pakai baju yang sama. Kadang2 sampai seminggu.. Takpe, takde orang tahu, takde bau.
Tapi kat sini, nampaknya aku kena basuh setiap kali lepas pakai. Aku tak boleh pakai baju tu balik banyak kali. Sebab nanti orang akan bau.. bau ketiakku sebab.. ketiakku berpeluh balik.
Hari tu, on the way ke mari.. ke tempat yang menyebabkan aku berpeluh lagi ni.. aku macam naik sebuah kapal terbang untuk ke India. Penuh dengan orang India, aku kira hampir 90%. Bila dah ramai2 camni, mulalah macam2 perangai aku tengok.
Ada yang duk main ngan handphone dia tak berenti2. Entahlah, nak kata nak tunjuk HP dia yg aku tgk takdela canggih, tak pulak ku rasa camtu. Bukan sorang dua, ramai. Sampai kena tegur 3-4 kali kat pramugari pun depa buat dek je. Tak larat dah pramugari comel yang tak lokek senyum tu tegur. Manis sungguh senyuman pramugari tu.. tergoda aku. Rasa nak buat bini je. Dia je yang tak tergoda ngan aku, rasanya. Bila nak land down tu lagi la pulak.. totet.. totet.. bunyi SMS, welcoming roamers ke Oman kot. Ntah lah, depa ni tak baca kot pasal HP signal ni boleh mengganggu sistem navigasi pesawat. Nak kata bussinesmen buat bisnes juta2, so takleh nak off HP, rasanya tak jugak. Kalau boleh tak nak dah naik kapal terbang sama2 dengan depa ni ramai2.
Ada pulak tu yg dpt headphone.. pastu pasang lagu dengar muzik sampai aku yg dok sebelah ni pun rasa bingit dengar. Taktahu lah camane gegendang telinga depa bule tahan. Silap2 buleh pecah.. mungkin gegendang depa tu dah dilatih dari kecik. Bukan sorang jugak tu.. aku leh dengar muzik kegemaran depa tu datang dari arah2 lain jugak, dari depan aku, belakang aku.... hmm..
Pastu ada pulak bila dah nak mendarat, pramugari yang comel dan manis senyuman tu datang nak kutip headphone, depa suruh tunggu. Nak dengar lagu lagi.. mungkin depa susah kot nak dengar lagu2 depa ni kat tempat lain. Mungkin lagu2 dalam flight tu best sesangat. Kemudian datang pramugari yang muka garang pulak, rasanya chief dia, sebab dia dok bahagian business class, mula2 tu depa tak nak bagi. Dah pramugari yang muka garang tu mintak jugak.. mintak jugak, baru depa bagi. Kesian jugak tengok depa ni.
Kembali ke Oman ni bagaikan mengimbau balik kenangan aku kembara ke sini lebih setahun yang lepas. Setiap kali aku lalu Jalan Sultan Qaboos untuk ke ofis, setiap kali itulah aku nampak Masjid Sultan Qaboss yang tersergam megah dan indah dengan arkitekturnya yang hebat tu. Bila aku lalu kat depan KFC yang aku singgah dengan family on the way ke Qurum Park, setiap kali tu la aku terbayang keindahan, kehijauan dan kebersihan taman tu. Dan setiap kali itulah, aku teringatkan isteri dan anak-anak aku. Dan masa tu jugaklah lupa terus aku kepada senyuman si pramugari comel tu.. pastu ingat balik, isk isk isk.. tak patut.
Sejak lebih 2 tahun aku idup kat bumi Arab Saudi ni, inilah pertama kali aku tinggalkan keluarga aku atas urusan kerja. Selama ni, depa je asyik duk tinggalkan aku… yelah, untuk balik ke Malaysia time cuti sekolah lah kan. Dulu2 masa aku dok kat Malaysia, aku je asik dok tinggalkan depa. Pergi sana, pergi sini.. sampai pernah aku balik rumah, anak aku nombor tiga tu, kecik lagi dia time tu.. nangis masa aku nak amik dia, sebab dah tak kenai. Tu lah jadi satu sebab utama aku amik keputusan untuk mai sini. Aku nak spent lebih masa ngan keluarga. Alhamdulillah.. keputusan untuk mai sini adalah keputusan yang tepat untuk aku dan isteri aku. Time tu kalo nak kira, dengan gaji aku, elaun aku selalu keluar ke sana ke sini sampai berbulan-bulan campur ngan gaji bini aku yang lagi tinggi dari gaji aku sebenarnya, dah lebih dari gaji pokok yang aku dapat kat sini.
Tapi, value yang aku dapat kat sini bukan setakat duit je, lebih dari tu lagi. Aku dapat masa lebih ngan bini dan anak2 aku, bini aku ada banyak masa dengan aku dan anak2.. bini aku lagi rajin masak, rajin cube masak benda2 pelik yang kadang2 jadi, kadang2 tidok.. Kalo kat Malaysia dulu kalo masak pun time weekend je. Lain2 masa, bini aku cuba gak masak, tapi dah la keje, balik malam, kalu masak pun simple2 jelah, yang mana sempat. Tapi aku kena pujilah dia sebab duk try jugak masak untuk laki dia ni sebab dia taknak aku rasa tangan air bibik kita orang tu. Takut aku terpikat dengan bibik tu kot..
Kalo kat Malaysia dulu aku punya lah malas nak keluar, nak gi jalan2.. (yelah, asal keluar je ketiak berpeluh, asal berpeluh je ketiak keluar.. eh betoi ke camni yang Ustaz Kazim dok selalu buat lawak tu?).. so kami dok terperap kat rumah jelah kebanyakan masa..kalu keluar pon yang kira paling best pun gi Tesco Kajang tu.. kira hebat sungguh dah tu, tu pun sebab terpaksa, bekalan dah abis. Tapi kat sini.. masyaAllah, nak kata setiap minggu keluar tu, idok la jugak.. tapi memang banyoklah kiranya aktiviti keluar mengeluar aku kat sini.. Redah sana, redah sini.. trip sana, trip sini, kembara sana, kembara sini..
Kat sini, sebagai Muslim Melayu Malaysia, sudah tentulah peluang untuk umrah dan ziarah merupakan antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan. Aku masih ingat masa memula aku sampai di bumi Arab ni.. hari Isnin 20-Oktober. 3 hari lepas tu aku dah berpeluang untuk melihat Ka’abah dengan mata kepala aku buat pertama kali. Tak dapat aku coretkan perasaan aku pertama kali aku melihat Ka’abah yang menjadi simbol penyatuan umat Islam dan arah kiblat solat aku selamat lebih 30 tahun ini. Bercampur baur.. sebak, sedih, terharu, gembira, tak percaya, bersyukur,… Aku berterima kasih sangat2 kepada kawan dan sahabat aku yang bermurah hati bawak aku ke sana, Azman Syukri dan isteri dia, Yan. Dialah yang memula ajak aku ke rumah dia hari pertama aku jejak kaki ke bumi ini, dialah yang pertama bawak aku ke Mekah, selepas hanya 3 hari aku kat sini, dialah jugak yang pertama kali ajak famili aku ke rumah dia masa famili aku mula2 sampai.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka.
Aku jugak dah berpeluang untuk buat Haji pada musim yang baru lepas. Aku tak pernah terpikir pun yang aku akan dapat menyahut seruan Ilahi untuk menunaikan haji pada usia ini. Rasa macam tak bersedia lagi untuk bawak gelaran Haji.. Tapi, itulah rezeki. Dengan anak2 yang masih kecik, ramai lak tu.. pergi menunaikan haji bersama bini aku adalah sesuatu yang sukar dirancangkan. Namun, mujur, Alhamdulillah.. berkat hidup di bumi ini bersama2 sahabat2 dan kawan2 yang baik hati dan pemurah, ada juga keluarga yang sudi menjaga anak2 aku. Barakalluhufikum kepada Abe Azhar, Kak Elin dan keluarga yang sudi dan sanggup menambahkan koleksi anak2 dia yang dah meriah tu dengan anak2 kami. Jugak terima kasih pada keluarga Haji Faizal, bibik pinjaman dan jiran sekitar mereka yang secara langsung dan tak langsung co-menjaga anak perempuan kami bersama2 anak2 kami yang lain selama 6 hari kami berhaji. Allah jua yang dapat balas pertolongan kalian.
Ibu dan ibubapa mentua aku juga, Alhamdulillah sudah berpeluang aku bawak ke sini. Hampir 2 bulan depa kat sini, hampir 1/3 bumi Arab ni kami jelajah. Sempatlah depa buat Umrah 2 kali, ziarah Madinah.. jalan2 menyedut udara segar di Abha, makan kapsa di Habalah, tengok laut di Jizan, main layang2 di Jeddah, naik kereta kabel dan bergurau dengan baboon di Taif, makan di Malaysian Kitchen di Dammam/Khobar, mencari cinta Laila dan Majnun di Hofuf, melihat keindahan bunga Iris di Tumair, melawat menara tanah liat 120 tahun di Shagra’, melawat kolam dan kilang garam di Qassab, berwudhu’ di Istana Jubeil di Shagra, menyedut debu sandstorm di Dir’iyah… dan beberapa tempat dan aktiviti lain yang tak perlulah aku tulis semua.
Dari segi sosial aku pulak, kat Malaysia dulu, aku jarang sangat berkawan2 ni. Ada kawan pun, hai2 bye2 kat opis je. Nak g rumah kawan2, setahun sekali pun susah. Tapi kat sini, masyaALlah.. aku dikelilingi oleh ramai kawan. Banyak yang baik2… banyak yang mesra2.. banyak yang boleh dimintak tulong kalau perlukan pertulongan. Cuma aku arap aku bule kembangkan lagi kawan2 baik kat sini.. supaya lebih ramai lagi. Mungkin aku kena start jemput2 depa ni mai rumah.. dan aku kena start gi rumah depa2 ni. InsyaAllah, aku nak berbaik2 ngan sumer orang, tak nak bergaduh2.. dah la sesama Melayu, sesama Malaysia.. sesama dok kat negara orang, kalo kita tak bersatu tak bersama2 bantu membantu, nak bergaduh2 pulak.. tak rock lah brader. Hidup Islam, Hidup Melayu, Hdup Malaysia..
Tapi, duk kat sini.. aku rindukan keluarga aku. Aku rindukan adik beradik, sedara mara aku. Jauh sangat rasanya.. Walaupun time duk kat Malaysia dulu aku takde lah balik kampung selalu sangat.. tapi, rasa dok berjauhan tu yang sebabkan aku rasa lebih rindu.. takut pun ada. Takut kalau ada apa2 jadi kat mak aku, mak dan bapak mentua aku, nenek2 aku, adik beradik, sedara mara aku.. rasa macam susah sangat. Nak balik susah, nak lawat susah, nak tolong susah, nak mintak tolong pun susah.. yelah, dah duk jauh. Kat negara camni pulak, nak masuk susah, dah masuk susah, nak keluar pun susah.. Atuk bini aku meninggal tahun lepas, kami takleh balik. Pastu, nenek aku belah mak aku baru je meninggal 3 minggu lalu.. Sedih rasa hati sebab tak bersama dia time2 akhir. Sedih rasa sebab takleh nak balik. Terkilan aku rasa sebab tak sempat nak bersama dia lebih lama. Aku cume bule kirimkan doa dari jauh, Al-Fatihah dan Yassin. Aku harap ni bukan amalan bida’ah yang aku tengok sesetengah dari kita yang dok kat sini 2-3 tahun, baru je belajar sini, kerja sini.. dah tak boleh itu tak boleh ini. Sampai nak doa lepas solat pun.. takboleh.. bida’ahhhh.. Tu belum lagi jadi warganegara sini lagi.
Patut la orang yang balik dari Saudi ni orang kampung cap Wahabi. Balik kampung je kata ini tak boleh, itu tak boleh. Pening kepala orang kampung, orang bandar pun sama. Buat buruk nama Muhammad Ibnu Wahab je. Abis tu kalo tak boleh, kalo budak2 gi buat keje merempit bule? Baik dok kat surau baca Yassin malam Jumaat dari merempit, jadi bohsia kat jalan. Jadi macam Ustaz Hassan tu, kan bagus. Dah lebih 30 tahun duk sini, dah ada PhD khusus dalam bidang Mazhab yang 4 pulak tu, dah banyak buku dia translate dan keluarkan.. tapi takde la dia kata buat yang ni bida’ah. Buat yang itu bida’ah. Ambik contoh doa lepas solat. Aku tengok kadang2 dia baca doa lepas solat, kadang2 dia tak baca. Ni nak tunjukkan, doa lepas solat tu boleh buat. Kan Nabi suruh kita banyak berdoa. Bole doa masa solat, bole gak doa masa lepas solat. Kalo ada masa, doa masa solat. Kalo ada masa, doa lepas solat. Apa masalahnya?? Kan Islam tu mudah, maka jangan nak susah2kan. Kecualilah kalo dah ijma’ ulama kata memang tak boleh…
Banyak dah coretan aku ni. Banyak lagi aku nak coretkan. Aku rasa tak de masalah, cuma aku tak de masa lah. Dah 8 hari aku kat sini. Aku nak balik ke tempat ketiakku tak berpeluh dah 2 hari lagi. Nak jumpe anok2, bini.. ke bini dulu, baru anok2?, jumpe sahabat2 aku yang aku anggap macam keluarga aku, jumpe kawan2 lain yang dekat dan yang jauh semuga boleh didekat2kan lagi, ustaz2 aku moga lebih banyok lagi ilmu yang aku boleh cedok dari depa, kembali bersolat jemaah, kembali ber”Jom Redah”, kembali mesra, kembali bla bla.. pendek kata kembali ke negara yang susah nak masuk, dah masuk susah, nak keluar pun susah, tapi pada masa yang same negara tulah yang banyak mengubah hidup aku sehingga hari ini…Tak tahu lagi sampai bila rezeki aku kat sini, tapi apapun yang mendatang, insyaAllah bersama2 sokongan keluarga dan kawan2, aku akan cuba menghadapi. -th
2 comments:
wahhh.. dh ader blog skg.. :) alhamdulillah.. penghijrahan yg bijak.. insyaAllah ke arah kebaikannn...
Intan, Alhamdulillah. Blog ada dah lama, sejak 2006 lagi. Cuma sejak 1-2 minggu je baru published.. nak berkongsi pengalaman di rantau orang.
Post a Comment