Tuesday, May 22, 2012

Rihlah 4 : Day 2–> Qassim–Ha’il

 

23 March 2012

P1100595

Himar yg cute menyambut kedatangan kami ke Fayd Village…

Setelah merehatkan badan buat hari semalam, dengan penuh semangat kami meneruskan perjalanan dalam jam 8.30 pagi hari ini.  Anak2 seronok pabila perjalanan kali ini bersama teman walaupon dua orang.  Kebiasaannya bersenda, bergaduh sesama diorang je.

P1100643Bersarapan roti2 dan kudapan yang ada kami meneruskan destinasi kami ke tempat bersejarah dipanggil ‘Zubaydah Path’ di Fayd Village.  Ia adalah tempat persinggahan tetamu Allah dari Iraq, Iran untuk menunaikan fardhu haji.

Dari perhentian istirahah kami, ianya hanya mengambil masa dalam 30 minit.  Setibanya kami di sana, sedikit kekecewaan terbit di hati.ianya berkunci.  TIdak pasti samada mereka tutup pada hari Jumaat sahaja atau masih belum dibuka untuk pengunjung.

P1100609

posing depan sign board je la nampaknye…

P1100613

P1100637

dari celahan pagar…semoga dapat memasuki kawasan ini dilain masa…

Kelihatan masih ada lori dan besen2 dengan artifak2 yang masih sedang dalam pembikinan.  Dari luar pagar, kelihatan kawasannya agak besar.  Mungkin bukan rezeki kami lagi untuk mengenali kawasan ini dengan lebih dekat.

Sejarahnya amat menarik sekali.  Laluan ini dibina ketika pemerintahan Khalifah Harun Al Rasyid, khalifah Abbasiyah yg ke-5.  Ianya dinamakan Laluan Zubaida sempena nama isteri beliau yang mahukan ianya dibina bagi memudahkan perjalanan para tetamu Allah  untuk menunaikan fardhu haji.  Beliau sendiri sering menunaikan haji berjalan kaki sejauh 900 km dari Baghdad ke mekah bersama suaminya.

Apabila melihat ramai jemaah haji yang meninggal dalam perjalanan akibat kekeringan air, hilang dalam perjalanan disebabkan cuaca dan ribut pasir menginpirasikan beliau untuk membina laluan perjalanan ke Mekah.  Laluan ini dibina dengan 40 stesen.

Masyaallah…bayangkan berjalan kaki sejauh tu nak menunaikan haji.  Ini..baru jalan 1 km pon dah mengeluh.  Betapa mudahnya kita menunaikan haji pada zaman ini. Adakah kita mempunyai kekuatan seperti mereka untuk menunaikan suruhan Allah jika berasa di zaman mereka ini????

Zubaida Khatoon membina laluan ini sepanjang 1300 km dari Baghdad ke Arafah. DIkatakan Zubaida membelanjakan 5490 kg emas untuk menyediakan laluan ini yang digunakan lebih 1000 tahun.

(SOURCE : Arab News.com By ABU TARIQ HIJAZI

Published: Feb 23, 2012 22:46 Updated: Feb 24, 2012 16:05 )

Zubaida Khatoon was born in 148 A.H. (766CE) few months after Haroon Al-Rasheed. She was very pretty and so her grandfather Caliph Mansur named her Zubaida (a cup of cream).

Her actual name was Amatul Aziz (like Abdul Aziz for boys). She was daughter of Jaafer, brother of Caliph Mahdi and her mother Salsal was the sister of Khaizran, wife of Caliph Mahdi. Thus, she was connected to Haroon Al-Rasheed from her mother as well as father's side. She was very brilliant, beautiful and fond of learning. She learned the Holy Qur'an, Hadith and Arabic literature with due interest. She also showed great interest in literature and science and allocated funds inviting tens of poets, scientists and literary figures to Baghdad. It is said that her palace “sounded like a beehive” as she employed one hundred women maids who recited the Holy Qur'an day and night. Wherever she went in the palace the verses of Holy Qur'an were echoing. 

She sponsored a group of Ulema for promoting Islamic learning. She lived during and after the time of Imam Al-Shafe'i. She was married to Haroon Al-Rasheed in 165 AH (781 AD), who was the fifth Abbasid Caliph and ruled for 23 years (786-809). Queen Zubaida was a very devout Muslim and never missed a prayer. She also performed Haj many times, often making the 900-mile trip from Baghdad to Makkah on foot with her husband.

Zubaida got a son named Mohammed Al Amin. He was six month younger to his step brother Ali Al-Mamoun whose mother was a concubine named Marajel. Zubaida pleaded for the nomination of her son Amin as the crown prince though Caliph Haroon preferred Mamoun because of his intelligence and scholarship. Finally, Haroon decided not to infuriate his wife and appointed her son as crown prince and Al Mamoun as crown prince to the new crown prince, and also appointed his third son Al Kassim as a third crown prince.

As expected, Al Amin started to mess things up from his first days in power, after the death of his father. Eventually, his conflict with his brother escalated and it ended after fierce battle, in which he was killed. His mother overcame her sorrow and tragedy and wrote to Al Mamoun “I congratulate you as the new caliph. I have lost a son, but he was replaced by the son that I did not give birth to.”

These words moved the new caliph as Mamoun was also raised by Zubaida when his mother died after three days of his birth. He rushed to her and swore that he did not order the killing of his brother. Zubaida lived for 22 years after the death of her husband. Caliph Mamoun gave her full respect and comfort and consulted her in important matters. She died at the age of 67 in 216 A.H.

Her biggest achievement was the planning and execution of a road project from Baghdad to Makkah. There was a path that existed before but she saw the pilgrims dying with thirst and losing the way because of desert and sandstorms. To solve this problem, Zubaida planned to build a well-demarcated route with buildup walls and shelters to protect the travelers from shifting sands and harsh weather conditions. Her engineers moved in the direction of Qibla and drew a map of over 1200 km. The road was divided into more than 40 stations for shelter of huge caravans of pilgrims with their animals. Deep wells, water pools, guest houses, mosques and police posts were erected to provide comfort and security to the pilgrims. High minarets were raised to locate the place and in the night towers were lit with fire to guide the caravans to the right direction.

All these structures were so strong that they remained intact for centuries. The result was that Darb Zubaida served for more than 1,000 years for million of pilgrims from Iraq, Fares, Khorasan and Kurdistan. Though about 1,300 years have passed, some of the wells and pools of this route can still be identified.

Darb Zubaida started from Baghdad and passing through Kufa, Najaf, Qadsiya, Mughiatha, Thalabia, Feedh and Samera reached  Naqra where it bifurcated for Madina through Al-Akhakia. The main route to Makkah continued through Mughaith, Beir-Ghifari, Al-Saleelah, Birka-Zabda and reached Mahad Dhahab (Gold mines). Later crossing through Safinah, Ghamrah, it reached Meeqat named Zat-Irq, and later passing through Bustan reached Makkah.

Darb Zubaida also mobilized the cultural and commercial activity in the region. Pilgrims exchanged their ideas, delivered sermons, told historical stories and reached commercial dealing during the night halts. This route remained active for six months every year for Haj traffic and for the rest period served the locals and traders. It is said that Zubaida spent 1,700,000 mithqaal on this project which is equal to 5,950 kg of pure gold costing billions of dollars today.

Zubaida is also credited with constructing the Zubaida canal for provididing water supply to the Hajis at a cost of 2.5 million dinars.This canal runs for about 40 kms from Ain Zubaida to Arafat upto the foot of Jabal Rahmath.Parts of this aqueduct can be seen even today.


P1100753P1100603P1100647P1100739

Roundabout Hail yg senantiasa menarik perhatian kami…baru sikit ni….

Kami meneruskan perjalanan menuju ke bandar Ha’il dalam 100++ km.  Destinasi kami seterusnya adalah ke Aarif fort di tengah bandar Ha’il.

Bandar Ha’il nampaknye lebih tenang dan mendamaikan berbanding bandar2 lain yang pernah kami lalui seperti Hofuf dan Dammam.  Mungkin kerana kami tiba pada hari Jumaat, keadaan sekeliling sunyi sekali.  Mencari Aarif castle juga menjadi mudah memandangkan jalan2 yang lengang, maka mudah untuk kami masuk ke lorong2. 

P1100689

Aarif castle tersergam megah ditengah bandar Hail

P1100704P1100661

P1100674

Dpt melihat pemandangan sekeliling bandar Hail dr atas castle…

P1100742

Taman dengan air terjun…very relaxing…

Kedudukan Aarif castle sememangnya strategik untuk memantau musuh.  Terletak diatas bukit di tengah2 bandar pastinya amat strategik sebagai persediaan menghadapi ancaman musuh.  Ianya di bina pada awal kurun ke –18.  Binaan asal di bina dari tanah lumpur, tanah liat serta rumput2 telah melalui beberapa kali baikpulih.  Binaan asal bermula pada akhir kurun ke-17 ketika pemerintahan al-ali dan penambahan dilakukan ketika pemerintahan Al-Rasheed pada kurun ke-18.

Malangnya setelah kami mendaki untuk masuk ke castle, pintu masuknya tertutup.  Mungkin kerana hari ini hari Jumaat,semua tempat tertutup sehingga Asar ataupon memang tak buka langsung.

Kami meneroka istana Aarif setakat mana yang boleh saje. Pemandangan bandar Ha’il dari anjung istana tidak kurang hebatnya..tetap mengasyikkan. Jam menunjukkan pukul 11 pagi.  Nak cari tempat makan pon tak boleh memandangkan waktu solat Jumaat sudah hampir. Kalau nak tunggu habis solat, kami perlu tunggu dalam 2 jam.  Nak buat apa ya dengan 2 jam yang ada ni?  Setelah memusing2 sekeliling bandar, kami memutuskan untuk meneruskan pengembaraan kami dengan pencarian sebuah ‘crater’ bekas gunung berapi yang berusia beribu2 tahun dahulu.  Tempatnya kami sendiri tidak pasti.  Inilah yang dinamakan pengembaraan Smile.

P1100749

Terjumpa tembok ala2 Rome stail dlm perjalanan ke crater…

Kesilapan aku sendiri…..tidak membuat perancangan yang teliti dari segi jarak dan lokasi tempat.  Tidak perasan rupanya ketika lokasi yang bakal kami tuju rupanya membawa kami patah semula ke belakang hampir dengan Fayd Village.  Sudah separuh jalan baru perasan..nak patah balik rasa alang2.  Jadinya, setelah solat zohor, kami meneruskan saje mengikut yang dirancang.  Kami membeli makanan dalam perjalanan untuk bekalan makan tengahari di lokasi yang di tuju.

Cuaca masih belum menyebelahi kami.  Ribut pasir masih setia mengiringi perjalanan kami dari semalam..malah lebih kuat hari ini.  Kami melalui jalan dicelahan pekan kecik yang sunyi untuk mencari jalan masuk ke krater. 

Wah….mata kami tetiba dipukau melihat sekumpulan helang terbang rendah seperti membuat persempahan di hadapan kami.  Mungkin dalam 10 ekor agaknya.  Dari mana agaknya datang helang tersebut.  Di sekeliling kami hanya kelihatan bukit2 batu warna kehitaman. Terus kami memberhentikan kereta ditepi jalan.  Setelah asyik melihat baru aku teringat untuk mengambil video.   Ketika itu helang2 sudah terbang semakin tinggi.  Pastinya pengalaman ini terselit di memori kami sekeluarga.

Setelah terjumpa jalan masuk yang kami sendiri agak2, sepertinya kami memerlukan 4WD.  Kereta Dr Latiff ‘belum’ 4WD Smile…jadinya kami perlu berhimpit satu kereta untuk meneruskan explorasi.  Kami mencari stesen minyak untuk meninggalkan kereta Dr Latiff.  Insyaallah selamat.  Budak2 gembira berhimpit2.  Apabila melalui kawasan yang berpasir dan beralun2, anak2 menjerit kesukaan dalam debaran..(atau mak je yang dlm debaran???).  Semakin jauh kami masuk kedalam kawasan ‘offroad’, semakin berbatu jalan dihadapan.

Betul ke jalan kami ni????  kami semakin jauh kedalam kawasan berbatu2 dan berbukit.  Jalan raya juga sudah tidak kelihatan.  Bagaimana ye perasaan Dr Latiff, Fida dan Kak Yati yang pertama kami meredah dengan 4WD ke kawasan begini.  Moga mereka tak menyesal ikut kami Winking smile.  Bila bereksplorasi begini…hati sememangnya berdebar antara takut dan ‘excitement’…perasaan tak tahu dan nak tahu apa yang ada di hadapan.  Juga kerisauan agar tidak ada apa2 yang buruk berlaku.  Angin ribut pasir diluar juga semakin kuat.  Wah..mencabar juga perjalanan kali ini.

Sesekali Dr Latiff dan suami terpaksa keluar untuk memerikasa trek di hadapan apabila melalui kawasan berbukit…takut di hadapan tiba2 curam menjunam.  Kami semakin menuju ke kawasan tinggi.  Anehnya..semakin jauh dan tinggi kami berada, ada pula taman mainan muncul yang entah siapa yg mahu datang berkunjung!  Mungkin ada perancangan untuk membangunkan kawasan ini atau ada attraction yg kami tak tahu.

“Sape la yang nak datang main kat sini???” hati tertanya.  Anak2 sibuk nak ke taman mainan.  Kelihatan macam dekat tapi terasa begitu jauh apabila dalam kereta untuk menuju ke destinasi.  Kami berhenti seketika melihat pemandangan dari atas tanah tinggi yang berbatu2 hitam. 

Dengan pukulan angin yang begitu garang, batu2 hitam penuh disekeliling tanah tinggi yang begitu lapang..terasa seperti di bulan…haha!  Masyaallah…indah sungguh ciptaanMu.

P1100769

jauh kami offroad..bekas track yg kami lalui kat belakang…

P1100772

angin kuat macam nak terbang!

Mengikut GPS, kawasan dituju hanya dalam 4 km lagi.  Semoga di permudahkan perjalanan kami.  Setelah kami makin hampir di kawasan yang dituju..tidak terlihat seperti ada krater sebagaimana kami pernah melawat wahba crater di Taif.    Cuma kami seperti melalui lereng bukit.  Kami mengambik trek lereng bukit tersebut untuk mencari jalan masuk yang lebih dekat untuk kami daki.  Kami seperti memusing2 kawasan yang sama.  Inilah cabaran di padang pasir…landscape hampir kelihatan sama jika tidak teliti melihat sekitaran. 

Nampaknya kami seperti ‘dekat tapi jauh’.  Aduh….di manakah kau berada wahai krater????  Kami tidak boleh terlalu lama di sini kerana padang pasir amat bahaya bila hari gelap.  Jalan keluar pastinya susah untuk dicari.  Akhirnya kami memutuskan untuk memanjat ke atas bukit tersebut berharap di atas datarannya adalah sebuah  krater.

Suami ku pergi memanjat dahulu untuk survey kawasan sementara diikuti oleh anak2 dan dr Latiff.  Sementara itu anak2 yang kecil bersama ibu2 bermain pasir.  Pengalaman yang tidak akan di perolehi di tanah air.  Jadilah kami  ‘puteri padang pasir’ sementara menunggu hasil tinjaun Smile.

P1100813

dalam pencarian….saujana mata memandang…..

P1100815P1100830

rupabentuk batu batan kawasan tersebut…..

P1100841P1100824P1100827P1100829

antara bunga-bungaan yg mampu hidup di celahan batu….masyaallah..

Setelah beberapa belas minit menunggu, nampaknya bukan rezeki kami untuk menjadi saksi keajaiban ciptaan Illahi.  Kami terpaksa mengundur dari dari meneruskan explorasi pencarian kami memandangkan hari bakal gelap dalam satu dua jam lagi.  Perut pon dah sudah terasa minta diisi.  Alhamdulillah, walaupon kecewa tidak berjumpa tempat dicari, ianya tetap satu pengalaman yang akan diingati.

Kami terlihat sebuah lagi taman permainan kelihatannya seperti tidak jauh.  kami terus bercadang2 untuk berhenti makan di situ.  Jangan tak disangka, semakin dekat kami dengan taman permainan tersebut, semakin dekat rupanya kami dengan jalan tar.  Subhanallah…ada jalan lain siap bertar untuk masuk ke kawasan yang kami teroka.  Berhampiran taman permainan,kelihatan sebuah rumah rehat yang masih dalam pembinaan.  nampaknya ada tempat tertutup untuk kami menikmati bekalan kami.  Dengan angin yang begitu kuat membawa ribut pasir…sememangnya kami perlukan tempat tertutup untuk makan.  Kalau tak…nasi berlaukkan pasir la jamuan untuk kami.

P1100800

alhamdulillah…lunch spot dan tempat berlindung dr ribut pasir yg mengganas

P1100783

Hail yg ‘mewah’ dgn taman mainan…anak2 tak lepaskan peluang walau dlm ribut pasir..

P1100807

Alhamdulillah…perjalanan pulang yg mudah….

P1100808

Insyaallah…moga kami berpeluang ke sini lagi…

Rumah rehat tersebut masih dalam permbinaan nampaknya sudah 90% siap.  Alhamdulillah….ada juga tempat untuk kami berlindung dalam ribut pasir yang semakin garang.  Otak berkira2 juga memikirkan kenapa ek ada kawasan rehat sebegini yang dibina jauh dari orang ramai?  pasti ada tarikan disekeliling yang kami tak ketahui sedang dalam perancangan untuk dikomersilkan.  Apapon…alhamdulillah, kami selamat menjamu selera dan tidak menghadapi kesulitan dalam terokaan kami tadi.  Insyaallah..pastinya kami akan datang semula menebus semula kegagalan kami. 

Dengan terjumpanya jalan tar ini, perjalanan pulang ke kereta seterusnya ke bandar Ha’il pastinya menjadi mudah.  Dalam agak keletihan masing2, kami akan berlegar2 pula di bandar Ha’il untuk mencari tempat menginap. 

Alhamdulillah..kali ini pencarian kami tidak mengecewakan.  Dengan harga SR300, kami perolehi hotel suite dua bilik bersama dapur dan ruang tamu yang anak2 bole berlari2 dan bergolek2 Smile.  Dalam kelaparan, mee maggi begitu terasa nikmat terutama buat anak2.

P1100845P1100850P1100846P1100852

alhamdulillah…bilik yg luas dan selesa untuk kami berehat

Walau dengan sedikit kekecewaan, hari yang dilalui disyukuri dengan penuh nikmat.  Hari esok akan kami teruskan dengan menikmati rahmat yang Allah berikan pada kami…untuk terus mensyukuri nikmat dan mengagungi segala ciptaanNya –&tw

Latest comments

Click Here

Tuesday, May 08, 2012

RIHLAH 4 : Day 1–> Al Ghat–Qassim

 

22 March 2012

Alhamdulillah, kami berpeluang untuk berihlah pada cuti sekolah kali ini.  Last2 minit, suami tak jadi travel masa cuti sekolah ni.  Apalagi….terus cepat2 buat resear ch untuk kami teroka bumi padang pasir ini.  Alhamdulillah juga, rihlah kami kali ini ditemani dr Latiff, kak yati, Fida dan anak2.  Pastinya lagi ramai lagi meriah.  Alhamdulillah, dengan adanye teman, perjalanan makin menyeronokkan. 

P1100545P1100555

berhenti di Al-Ghat..pekan kecil di daerah Riyadh

Cuaca kali ini tak berapa menyebelahi kami.  Ribut pasir nampaknya tak menunjukkan tanda2 untuk meninggalkan kami.  kami memutuskan untuk berhenti di Al Ghat, sebuah pekan kecil dalam Riyadh district untuk makan tengahari.  Seperti biasa kalau ade kakak seorang ni..terasa seperti seorang ibu menjaga anak2.  Hidangan menjadi serba lengkap.  Kak Yati membekalkan kami nasi tumis, ayam masak merah bersama daging goreng beserta karipap lagi.  Tengok2 Fida pula mengeluarkan rendang daging bersama lemang!  Wah..meriahnya menu.  Kami hanya membawa makaroni bakar beserta ayam goreng.  Biasanya kalau jalan jauh2 macam ni…kami berbekal ala2 simple aje.  Malas nak bawa banyak bekas.

P1100570

P1100571

berihlah pon masih dengan mengancam…nasi tumis, ayam masak merah, daging goreng, lemang dan rendang tok, kek pisang dan makaroni bakar…YUMMY!

Alhamdulillah, dengan rumput yang kehijauan, taman permainan yang tiada orang..suasana terasa amat tenang dan nyaman.  Walaupon angin kuat kadagkala membawa bersama pasir halus tetapi dengan adanya tempat rehat berbumbung, kami sedikit terlindung.  kalau boleh baring2 best ni!

Perjalanan kami terpaksa diteruskan walau anak2 masih belum puas bermain.  Maklumlah, duduk kat RIyadh ni..nikmat bagi budak2 bila dapat taman mainan.  Yang ada…not easily accessible, those accessible.. pastinya dipenuhi ramai orang2 Arab yang anak2 sudah pastinya tak mahu berebut dengan diorang.

P1100568

P1100569

P1100562P1100560P1100572

Wajah2 bahagia bila dapat taman mainan….

Ikutkan perancangan kami mahu terus ke Ha’il malam ini juga tetapi jam menunjukkan pukul 8 dan kami masih dalam Qassim Province.  Apabila kami berhenti di salah satu stesen minyak untuk solat, di lihat terdapat istirahah yang agak baru.  Fikir fikir balik..elok berehat sajalah di sini untuk malam ni.  Dr Latiff dan suami terus pergi mencari tuan punya bertanyakan bilik untuk kami sewa.  Biasanya bilik2 sebegini disewa ikut jam untuk pemandu2 berehat sebentar dengan selelsa sebelum meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah, kami ditawarkan dengan harga SR120 semalaman untuk satu bilik dua katil.  Bilik pon..’not bad’.  Tilam tebal..kira ok la tu berbanding tempat miqat yang biasa kami sewa tu. 

P1100590

Alhamdulillah…rest and relax for the night…

Nampaknya selesai buat hari ini.  Makan pon sudah dengan ala kadar apa yang berbaki siang tadi.  Sekarang masa untuk tidur! 

Nantikan perjalanan hari esok pulak ya!